Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  June 16th, 2017          |          Kategori : Gaya

Beg Tangan Terbaru Rizman Ruzaini Aksesori Terhangat Lebaran Ini

Pereka duo terkenal negara, Rizman Ruzaini melangkah setapak lagi dalam karier mereka apabila telah mengeluarkan beg tangan sebagai permulaan bagi rekaan aksesori dibawah label Rizman Ruzaini.

Menurut Rizman Ruzaini, ini adalah percubaan mereka yang pertama dalam menghasilkan aksesori di bawah label sendiri.

screen-shot-2017-06-16-at-1-01-19-pm

“Alhamdulillah setakat ini sambutan sangat-sangat menggalakkan. Malah ada rekaan beg yang sudah hampir habis jualannya walaupun baru seminggu dilancarkan”, kata mereka.

Selepas kejayaan kolaborasi bersama Fashion Valet untuk koleksi pakaian sedia pakai, kali ini sekali lagi Rizman Ruzaini bekerjasama dengan portal membeli-belah terkenal itu untuk melancarkan koleksi beg tangan mereka.

screen-shot-2017-06-16-at-4-47-09-pm

Menurut Ketua Pengarah Kreatif serta pemilik Fashion Valet, Vivy Yusof beliau suka memberi peluang kepada pereka fesyen yang ingin mengetengahkan rekaan aksesori kerana di Malaysia sudah terlampau banyak jenama baju.

“Bila saya tengok ada pereka fesyen yang mengeluarkan beg dan kasut saya sangat teruja kerana masih banyak ruang untuk kategori itu.

Untuk beg Rizman Ruzaini, ia sangat ‘classy’ dan softifikated. Walaupun orang beranggapan ia hanya sesuai untuk majlis makan malam, tetapi saya akan memakainya untuk apa sahaja aktiviti kasual”, jelasnya.

screen-shot-2017-06-16-at-4-47-27-pm

Terdapat 6 rekaan beg yang dikeluarkan termasuklah untuk para jejaka. Beg-beg berkenaan direka mengikut beberapa kategori antaranya RR Monogram Sparkle/Leather Sunset yang lebih mewah serta mempunyai lebih banyak ruang. Sesuai digayakan oleh pemakai yang lebih berjiwa matang dan glamor.

screen-shot-2017-06-16-at-12-58-32-pmscreen-shot-2017-06-16-at-4-52-24-pmscreen-shot-2017-06-16-at-12-59-46-pm

RR Monogram Satchel pula direka khusus untuk golongan yang lebih muda. Warna-warna seperti ros muda, biru muda dan hitam direka khusus bagi membias nuansa remaja. Lebih menarik ia hadir dengan rantai panjang yang boleh dijadikan beg selempang yang lebih ‘Chic’ dan Trendy’!

screen-shot-2017-06-16-at-4-48-31-pm screen-shot-2017-06-16-at-1-00-02-pmscreen-shot-2017-06-16-at-1-00-18-pmscreen-shot-2017-06-16-at-1-00-31-pm

Bagi sang jejaka pula, rekaan beg berbentuk ‘Clutch’ menjadi taruhan Rizman Ruzaini. Rekaannya yang ringkas serta hadir dalam warna hitam memukau, pasti menjadikan si pemakai kelihatan elegan dan bergaya.

screen-shot-2017-06-16-at-1-01-03-pm

Kualiti beg-beg ini juga setaraf dengan jenama fesyen antarabangsa kerana ia menggunakan kulit anak lembu yang sebenar. Harganya juga tidak terlalu mahal. Bermula dari RM399 hingga RM599.

Bagi anda yang sedang mencari aksesori yang kelihatan mewah tetapi tidak terlalu sarat, bolehlah mendapatkan koleksi beg ini di laman membeli belah Fashion Valet atau berkunjung ke butik fizikal mereka.

Untuk lebih banyak berita fesyen klik di sini.