Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  August 8th, 2017          |          Kategori : Selera

Bennie Bergedil dan Nasi Uduk Ribs Bakar di MakaMakan By Jibby

whatsapp-image-2017-08-08-at-4-41-15-pm

Jibby & Co merupakan sebuah restoran yang memang terkenal di Lembah Kelang. Dan mungkin ramai yang kurang tahu bahawa jenama ini juga mempunyai jenama restoran lain di bawah payung syarikat yang sama.

whatsapp-image-2017-08-08-at-4-41-15-pm-2

Terletak di Glo Damansara, MakaMakan by Jibby merupakan satu lagi cetusan idea kumpulan restoran Jibby & Co.

whatsapp-image-2017-08-08-at-4-41-14-pm-2

Menampilkan aneka hidangan yang lebih dekat dengan selera serta citarasa penduduk tempatan, MakaMakan by Jibby bijak memberi sedikit olahan kepada menu-menu tempatan yang mereka ada selain senireka dalaman mereka yang unik.

whatsapp-image-2017-08-08-at-4-41-14-pm-5

Di samping itu, perabot yang digunakan di situ juga agak menarik. Menurut Pengurus Pemasaran mereka Puan Atiqah, setiap meja di restoran tersebut menggunakan set kerusi yang berbeza. Ini disengajakan untuk menampilkan kelainan pada restoran tersebut.

whatsapp-image-2017-08-08-at-4-41-14-pm-4

Namun tarikan utama MakaMakan by Jibby sudah tentulah makanan yang dihidangkan. Antaranya adalah Spaghetti Dakwat Sotong mereka yang bukan sahaja menarik dari segi persembahan tetapi juga rasanya yang berbeza. Ia mempunyai sedikit rasa kepedasan untuk memberi perisa kepada spaghetti yang disalut dakwat hitam pekat sotong.

whatsapp-image-2017-08-08-at-4-41-15-pm-5

Ini diikuti pula dengan Bennie Bergedil yang merupakan satu gabungan resipi Melayu dengan sarapan terkenal dari barat iaitu Egg Benedict. Mirip Egg Benedict, Bennie Bergedil tidak menggunakan ‘muffin’ tetapi menggunakan bergedil sebagai pengganti. Dengan iringan telur serta daging, hidangan ini pasti akan mencuri perhatian semua yang mencubanya!

whatsapp-image-2017-08-08-at-4-41-16-pm

Tidak dilupakan adalah Nasi Uduk Ribs Bakar yang merupakan garapan Nasi Uduk (nasi dimasak dengan santan yang sering dimakan sebagai sarapan di Indonesia yang persis nasi lemak di Malaysia) tapi ditambah daging bertulang enak yang dibakar dengan resepi khas MakaMakan by Jibby.

whatsapp-image-2017-08-08-at-4-41-16-pm-6

Dan biarpun tiga hidangan ini merupakan menu jagoan mereka, terdapat banyak lagi sajian yang enak dan menyelerakan di sini.

whatsapp-image-2017-08-08-at-4-41-15-pm-3

Dengan senireka dalaman yang menarik dan menu yang hebat, tamu yang hadir pasti akan menyenangi suasana sekitar restoran sambil menikmati juadah mereka yang unik. Jadi singgahlah ke MakaMakan by Jibby untuk mencuba sesuatu yang baru dan lazat!

 

whatsapp-image-2017-08-08-at-4-41-14-pm-1

 

Untuk lebih banyak perkembangan perihal selera, ulasan restoran dan makanan klik di sini