Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  September 12th, 2017          |          Kategori : Jalan-Jalan

Ceria dan Selesa di Harris Hotel Tebet di Jakarta

6-6

Pada yang sudah mempunyai perancangan untuk bercuti ke Jakarta, kami mencadangkan untuk anda menginap di Hotel Harris , Tebet Jakarta. Hotel ini terletak di daerah Tebet, Jakarta Selatan, serta tidak jauh dari pusat membeli-belah Kota Kasablanca, Mega Kuningan, dan daerah SCBD. Malah ia berdekatan dengan pusat perniagaan di Jakarta.

20

Menyediakan 180 bilik berserta Suite, Hotel Harris menyediakan kelengkapan berkualiti bagi sesebuah hotel. Kami juga juga amat tertarik dengan selipar bilik yang disediakan kerana berbeza dengan hotel-hotel lain, Hotel Harris menghadirkan selipar hotel berwarna oren (sesuai dengan warna korporat mereka) dan bercirikan getah lembut yang amat selesa dipakai.

14

7-6

Jika anda ingin bermalas di hotel dan enggan menempuh sebarang kesesakan lalulintas. Hotel Harris telah menyediakan banyak kemudahan untuk dinikmati oleh pengunjung. Antaranya kolam renang, pusat kesihatan, Spa dan Refleksologi serta Kids Corner yang merupakan ruang untuk anak-anak kecil beriadah. Disamping itu juga, para pelancong perniagaan boleh mengadakan pertemuan atau mesyuarat serta dapat menikmati kenyamanan dari HARRIS Business Center dengan pelayanan kesetiausahaan. Bukan itu sahaja, terdapat juga ruang seminar yang boleh menampung lebih dari 500 orang dan dilengkapi dengan kemudahan projektor LCD, sistem PA, Flipchart, Layar, Mic, sistem bunyi, buku catatan, alat tulis, gula-gula pudina serta minuman ringan.

2-5

3-6

Harris Cafe menyediakan hidangan masakan tempatan Indonesia dan bagi penggemar hidangan ini boleh menikmatinya ketika makan tengah hari mahupun malam. Manakala sarapan pagi adalah percuma bagi setiap tempahan bilik secara umum. Ia sungguh menyelerakan bermula dari makanan ringan di Toko Kue Harris sehingga ke jus jeruk Harris dan sehinggalah minuman koktel yang menyegarkan, semua boleh dinikmati di Harris Cafe.

25

1-6

Jika berminat untuk ke hotel Harris anda boleh mendapatkan maklumat yang terperinci di laman sesawang tebet-jakarta.harrishotels.com

sumbangan : Afdal Shahizad