Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  May 15th, 2017          |          Kategori : Selera

Kek Gula Melaka dan Ayam Pindang Sumatera di The Embassy Cafe & Bakery

whatsapp-image-2017-05-15-at-11-44-38-am-6
Nasi Istimewa Embassy dengan Ayam Pindang Sumatera

Setiap hari, ada sahaja restoran dan kafe baru yang dibuka di Lembah Kelang. Terbaru, Synfull Bites Sdn. Bhd. bersama-sama dengan personaliti fesyen Malaysia, Wak Doyok telah melancarkan The Embassy Cafe & Bakery yang terletak di pusat membeli-belah terbaru, The Starling Mall di Damansara Uptown.

Sago Kampung Melaka

Pihak Suria bertuah kerana sempat melawat tempat makan terbaru ini dan mencuba beberapa hidangan popularnya. Kafe yang berkonsep kontemporari dan moden ini menyajikan pilihan menu barat dan juga Asia untuk memenuhi citarasa para pelanggannya yang berbilang kaum.

Di antara hidangan yang harus dicuba kalau berkunjung ke sini adalah Nasi Istimewa Embassy berserta Ayam Pindang Sumatera, Sago Gula Melaka dan juga salad khas mereka yang menggabungkan barli dan bakon daging lembu selain pembuka selera berupa sosej serta sedikit sambal ikan Bilis. Rasanya memang sangat unik.

whatsapp-image-2017-05-15-at-11-44-38-am-3
Pasta AglioOlio dengan ketam (Soft Shell Crab)

Selain itu, The Embassy juga mempertaruhkan pasta Aglio Olio dengan ketam (Soft Shell Crab) selain ayam panggang khas mereka dan macam-macam lagi.

whatsapp-image-2017-05-15-at-11-44-38-am
Sago Gula Melaka dengan pembuka selera berupa sosej dengan sambal ikan bilis

Malah minuman mereka Lyhee Cooler yang menggabungkan laici dan pudina juga sangat menyegarkan. Namun, paling unik buat kami di Suria adalah kek yang mereka sajikan iaitu Kek Gula Melaka, Cendol, serta Kek Coklat Putih dengan Kacang Makademia yang sangat lazat.

whatsapp-image-2017-05-15-at-11-44-38-am-4
Aneka kek berupa Kek Gula Melaka, Karamel Masin dan Coklat Putih dengan Kacang Makademia

Secara amnya, kesemua hidangan di kafe ini sama sekali tidak menghampakan. Ditambah pula dengan senireka dalaman yang indah dalam kawasan yang luas, (tamu boleh memilih untuk menjamu selera di dalam ataupun di kawasan balkoni di luar), kami yakin anda pasti akan menyukai kafe ini.

 

Tahniah Suria ucapkan kepada Wak Doyok dan rakan-rakan kongsinya atas pembukaan kafe ini. Semoga dimurahkan rezeki!

whatsapp-image-2017-05-15-at-11-44-39-am
Salad berasaskan Bali dan Bakon Daging Lembu yang rangup
whatsapp-image-2017-05-15-at-11-44-38-am-2
Lychee Cooler menyegarkan dengan ramuan Laici serta Pudina

ext-03int-06int-03int-02