Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  January 10th, 2018          |          Kategori : Gaya

Kelas Tersendiri Koleksi Khas Hero Remaja oleh Rizman Ruzaini

rr0933

Rizman Ruzaini merupakan satu jenama fesyen tempatan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Menjadi pilihan ramai selebriti popular serta orang kenamaan, busana ciptaan mereka tidak pernah menghampakan.

Selain terkenal sebagai jenama fesyen wanita, duo fesyen ini juga sudah lama melebarkan sayap dalam rekaan pakaian lelaki.

rr0905

Dan terbaru mereka tampil dengan satu koleksi khas buat para peserta akhir pertandingan pencarian personaliti, ‘Hero Remaja’.

rr0798

Menurut Rizman selaku salah seorang pereka, himpunan kali ini memang terinspirasi daripada rumah fesyen Balmain dan banyak bermain dengan rona hitam putih.

rr0687

Walau bagaimanapun, mereka tetap menerapkan sentuhan Rizman Ruzaini yang tidak terlalu berlebihan tetapi masih tampak bergaya dan tidak ketinggalan zaman.

rr0662

rr0568

Dicipta mengikut keperibadian setiap peserta Hero Remaja yang terbaru, Rizman Ruzaini turut menyulamkan unsur ketenteraan, potongan kemas dan juga tema pakaian rasmi dalam setiap rekaan.

rr0503

rr0467

Yang pasti koleksi ini memang mempunyai kelas tersendiri dan mampu membuat pemakainya lebih bergaya! Syabas Rizman Ruzaini.