Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  July 12th, 2017          |          Kategori : Jalan-Jalan

Kelibat Inovasi Taiwan di One Utama

whatsapp-image-2017-07-12-at-11-17-02-am
gambar ihsan Instagram Okinawa_Times

Taiwan bukan sahaja dikenali sebagai sebuah destinasi pelancongan tetapi juga terkenal kerana produk-produk inovatif yang mereka hasilkan. Jika ramai yang belum tahu apa yang bagus untuk dibeli kala ke Taiwan, di sini ada berita baik.

Taiwan Excellence Pavilion akhirnya tiba ke Malaysia, dan Taiwan bersedia untuk mempamerkan pilihan produk mereka yang paling inovatif dan terhebat dari negara tersebut buat pertama kali di sini. Lebih 100 barangan dari syarikat-syarikat ternama Taiwan yang telah menerima anugerah akan mengambil bahagian dalam ekspo ini yang akan diadakan di 1 Utama Shopping Centre dari 12 hingga 16 Julai 2017.

20130914_150116

Para pengunjung berpeluang menyaksikan dan merasai sendiri produk terbaru dan terkini dari segi rekabentuk dan fungsi, seperti komputer riba, peranti pintar, peralatan senaman, dan barangan kelengkapan rumah. Kesemua jenama di ekspo ini diiktiraf dengan logo Taiwan Excellence, satu simbol inovasi, yang merupakan penghargaan tertinggi yang dianugerahkan kepada barangan Taiwan.

Antara barangan ini termasuk yang dikeluarkan oleh jenama Teknologi Komunikasi dan Informasi (ICT) yang dikenali di seluruh dunia seperti Acer, Asus, MSI, dan D-Link. Selain itu, terdapat jenama barangan sukan dan riadah seperti Kenda, dan Johnson Fitness, serta produk inovasi seperti Ta-Da Chair dari Step2Gold. Barangan kelengkapan rumah dari jenama FECA, Cashido, dan KSS akan turut membarisi pameran di Taiwan Excellence Pavilion ini.

12-go-beyond-reality-vr-zone
Jenama ASUS adalah antara barangan berkualiti dan tersohor dari Taiwan

Selain daripada pelbagai barangan, acara ini juga akan menampilkan sesi demonstrasi produk, persembahan kebudayaan, dan hadiah-hadiah bernilai lebih MYR10,000 yang ditaja oleh Asus, Johnson Fitness, dan Adata. Kemasukan ke Taiwan Excellence Pavilion adalah percuma untuk semua.