Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  July 14th, 2017          |          Kategori : Selera

KFC Zinger Double Down Kini Kembali

3

KFC Malaysia kini kembali dengan Zinger Double Down yang amat dinanti-nantikan selama ini. Burger luar biasa tanpa roti ini menjanjikan pengalaman makan yang berbeza, pasti menambat hati para penggemar burger dan ayam goreng di luar sana.

Seperti slogannya, konsep burger ‘Semua Isi. Tanpa Roti’ ini dicipta hanya ‘Untuk Yang Berani’. Lupakan burger bersama roti biasa kerana Zinger Double Down yang dicipta khas oleh KFC ini bakal mengubah cara anda menikmati burger. Roti diganti dengan dua filet Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai yang mengapit kepingan keju dan kepingan ayam rangup dicurah sos Cheezy Mayo KFC. Ia bukan sebuah hidangan ringan tetapi sesuatu yang lengkap, mengenyangkan dan pasti memuaskan selera.

2
KFC Zinger Double Down KFC telah diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia pada tahun 2012 dan telah meraih perhatian dan minat meluas menerusi konsep uniknya sekaligus mencipta fenomena di kalangan penggemar.
KFC Zinger Double Down boleh didapati secara a la carte, bermula hanya dari RM10.90. Para pelanggan juga boleh menikmati hidangan lengkap dan mengenyangkan dengan kombo Zinger Double Down yang didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat.
Hanya terdapat bagi tempoh terhad di semua restoran KFC seluruh negara bermula 13 Julai 2017 sementara stok masih ada. Ianya ‘Semua Isi. Tanpa Roti. Untuk Yang Berani’!