Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  April 20th, 2017          |          Kategori : Selera

Khasiat Sebenar Kentang

gumbo-u-s-potato-boat

Tahukah anda bahawa kentang merupakan salah satu sayur yang kaya dengan kebaikan dan pelbagai khasiat. Saiz kentang bersaiz sederhana (kira-kira 148 gram) yang sudah dibersihkan dan dimakan dengan kulitnya membekalkan 30% pengambilan vitamin C seseorang dan mengandungi lebih banyak potasium berbanding pisang. Kentang juga berada pada kedudukan paling tinggi dari segi kandungan potasium (antara 20 buah-buahan dan sayur-sayuran paling laris dijual di Amerika Syarikat).

seafood-u-s-potato-au-gratin

Potasium baik untuk kesimbangan cecair sel dan meneutralkan kesan sodium yang tinggi bagi membantu kawalan tekanan darah. Menurut Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan Amerika Syarikat, makanan seperti kentang merupakan sumber potasium yang baik dan rendah sodium, membantu untuk merendahkan risiko tekanan darah tinggi dan strok atau angin akhmar. Kentang juga membekalkan dos sihat vitamin B6 untuk fungsi metabolisme.

u-s-potato-hashbrown-bun

Baru-baru ini US Potatoes telah mengendalikan majlis bersama media yang bertemakan “Sajian Sihat, Keluarga Gembira” di restoran keluarga Secret of Louisiana untuk memberi tumpuan kepada manfaat khasiat kentang Amerika Syarikat dan waktu makan sekeluarga.

u-s-potato-smoothies

Secret of Louisiana, restoran berinspirasi Cajun yang diterajui oleh Chef Elvin Goh telah dipilih sebagai lokasi majlis di mana beliau telah menyediakan beberapa resepi berinspirasikan kentang iaitu Bot Kentang U.S. Gumbo, Roti Hashbrown Kentang U.S., dan Au Gratin Makanan Laut Kentang U.S. Chef Elvin menggunakan campuran kentang segar dan kentang beku US untuk menghasilkan sajian lazatnya itu.

u-s-potato-creations-by-chef-elvin-goh

Kami di Suria berharap pendedahan tentang kentang ini akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan kentang (khasnya kentang Amerika Syarikat yang terkenal dengan variasi serta kualitinya yang tinggi) dalam masakan harian kerana ia mengandungi banyak khasiat dan mudah untuk disediakan. Dengan kentang, anda sentiasa tahu bahawa anda akan memperolehi bahan yang berkualiti dan berkhasiat untuk sajian sekeluarga.