Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  July 17th, 2017          |          Kategori : Gaya

Koleksi Pakaian Sopan Mak Cun Ada Kelas!

dc738d21-de08-48c3-9fb3-d3b95e972fcf

Jika anda masih ingat, minggu lalu kami ada paparkan berita yang membanggakan rakyat Malaysia apabila pakaian koleksi Mak Cun milik pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima dipaparkan dalam majalah Vogue Italia di Itali.

Seperti yang dilaporkan koleksi pakaian Mak Cun telah dipersembahkan di Minggu Fesyen Torino di Itali bersama dengan beberapa himpunan ciptaan pereka fesyen pakaian Muslimah yang lain.

329aba92-6db7-47e7-894a-58a0492340eb

Dan setelah melihat sendiri beberapa gambar yang dimuatnaik oleh Erma di laman Instagramnya, kami sama sekali tidak terkejut kenapa majalah fesyen tersohor itu memilih untuk memaparkan koleksi Mak Cun. Himpunan pakaiannya memang ada kelas tersendiri dan menunjukkan perubahan zaman dalam dunia fesyen dan pakaian wanita Muslimah.

829d6fcd-b260-49c6-a26d-fcc0b6378d54

Di sini, kami paparkan beberapa gambar koleksi pakaian Mak Cun dari laman Instagram Erma Fatima untuk tatapan pengikut Suria.

0b1150bb-27ab-4068-bb7f-35650d41a5d4

Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Mak Cun! Memang ada kelas! Teruskan berkarya di dunia fesyen selain dunia seni TV dan perfileman!

b4a08c2a-dddb-49d1-abf5-fe61db072e57

b7d9a5c1-1062-4eda-a235-0e3f52096df9

c659e543-e680-44ad-ab85-f44eeee0ecfc

Untuk lebih banyak berita berkenaan gaya dan penmpilan klik di sini