Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  June 16th, 2017          |          Kategori : Selera

Masih Sempat Mencuba Keju 3 Rasa dari KFC Ramadan Ini

kfc-keju-3-rasa-5pc-combo

Siri hidangan berkeju popular KFC diteruskan dengan sebuah lagi ciptaan unik khas buat Ramadan ini iaitu Keju 3 Rasa! Tawaran masa terhad ini dijangka bakal membuat para penggemar lebih teruja dengan sos keju tiga perisa yang pedas, masam dan semestinya berkeju untuk dinikmati bersama ayam KFC Hot & Spicy kegemaran ramai.

Perisa Keju 3 Rasa yang sedap, sesedap, sedapnya ini diolah dari gabungan sempurna di antara keju Cheddar, paprika, daun parsli dan limau nipis menghasilkan pelbagai lapisan rasa yang unik di dalam satu suapan. Menawarkan sesuatu yang lebih hebat bagi pencinta keju, hidangan ini menjanjikan sebuah pengalaman baru yang bakal membangkitkan deria rasa dan memuaskan selera tanpa mengira citarasa khusus.

Menurut Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd., Keju 3 Rasa ini diciptakan khas untuk memuaskan setiap citarasa yang berbeza-beza.

kfc-keju-3-rasa

KFC Keju 3 Rasa terdapat di dalam hidangan kombo dua ketul dan lima ketul ayam. Kombo dua ketul didatangkan dengan dua ketul ayam Hot & Spicy, dua sos Keju Pedas Masam, coleslaw, pilihan Colonel Rice atau kentang putar serta minuman premium terbaharu, SJORA Strawberi Kiwi, sesuai untuk dinikmati ketika berbuka. Manakala, kombo lima ketul menawarkan lima ketul ayam Hot & Spicy, lima sos Keju Pedas Masam, bersama hidangan sampingan istimewa Loaded Potato Bowl dan dua minuman SJORA Strawberi Kiwi. Pelanggan turut boleh memilih ayam Original Recipe bagi kombo pilihan mereka.

KFC Keju 3 Rasa boleh didapati di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula dari 18 Mei 2017. Dapatkan hidangan sedap, sesedap, sedapnya hari ini sementara stok masih ada!

Untuk lebih banyak pilihan menjamu selera klik di sini