Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  April 9th, 2018          |          Kategori : Selera

Nikmati Sajian Thai Sempena Songkran di Genting Grand

Biarpun Songkran pada umumnya merupakan satu perayaan yang disambut di Thailand namun ia kini diraikan oleh negara-negara Asia yang lain juga.

Bersempena dengan perayaan Songkran yang jatuh pada 13 April 2018  Resorts World Genting turut menyertai kemeriahan sambutan ini dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

whatsapp-image-2018-04-09-at-4-22-52-pm-4

Selain penampilan peserta-peserta rancangan nyanyian The Voice Thailand, DJ NANA, pertunjukan fesyen dan juga persembahan perlawanan tinju Muay Thai, restoran Coffee Terrace di Hotel Genting Grand juga ada sajian khas Thailand bersempena dengan perayaan tersebut.

Bermula 6 hingga 14 April 2018 pelbagai juadah Thai dapat dinikmati di dalam menu buffet Coffee Terrace Hotel Grand Genting.

whatsapp-image-2018-04-09-at-4-22-51-pm-2

Dengan senireka dalaman bernuansa Thai, sajian enak seperti Pad Thai, Nasi Goreng, Kari Hijau dan pelbagai pemanis mulut menghiasi satu sudut Coffee Terrace.

whatsapp-image-2018-04-09-at-4-22-52-pm-2

whatsapp-image-2018-04-09-at-4-22-51-pm-1

whatsapp-image-2018-04-09-at-4-22-52-pm-5

whatsapp-image-2018-04-09-at-4-22-53-pm-1

whatsapp-image-2018-04-09-at-4-22-53-pm-4

whatsapp-image-2018-04-09-at-4-22-54-pm

whatsapp-image-2018-04-09-at-4-22-53-pm

Sajian buffet ini boleh dinikmati pada harga RM88 untuk dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak dari Ahad sehingga Khamis manakala RM92 untuk dewasa dan RM46 untuk kanak-kanak pada Jumaat dan Sabtu.

Jadi tunggu apa lagi? Kalau anda peminat makanan Thai segeralah ke Coffee Terrace di hotel Genting Grand minggu ini.