Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  September 6th, 2017          |          Kategori : Gaya

Permainan Warna Romyda di KLFW Mencuri Perhatian

whatsapp-image-2017-09-06-at-4-49-20-pm-2
Gambar Ihsan Instagram @runways_asia

Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau KLFW (Kuala Lumpur Fashion Week) baru sahaja berlalu beberapa minggu yang lepas, namun bahangnya masih terasa. Kelibat rekaan-rekaan menakjubkan hasil pereka fesyen tempatan dilihat mewarnai pentas peragaan minggu fesyen berprestij tersebut.

whatsapp-image-2017-09-06-at-4-49-20-pm
Gambar ihsan Instagram @ellemalaysia

Dan di antara ratusan helaian yang diperagakan, satu lagi jenama yang menarik perhatian Suria adalah busana-busana milik Romyda.

whatsapp-image-2017-09-06-at-4-49-21-pm
Gambar ihsan Instagram @tinibibbaby

Jenama yang dimiliki Ning Baizura dan rakan niaganya Selina Yeop Junior itu mencuri perhatian para tamu yang hadir pada malam pertama KLFW.

whatsapp-image-2017-09-06-at-4-49-21-pm-1
Gambar ihsan Instagram @batikandbubbles

Menurut Selina rekaan Romyda berpaksi pada gaya dan ikutan dari corak-corak ‘tribal’ atau puak-puak etnik seluruh dunia.

whatsapp-image-2017-09-06-at-4-49-21-pm-2
Gambar ihsan Instagram @razlanjohari

Lapisan tekstur digunakan untuk menghasilkan rekaan khas mereka.

whatsapp-image-2017-09-06-at-4-49-20-pm-4
Gambar ihsan Instagram @ellemalaysia

Letusan ajnas warna menceriakan lagi pentas peragaan dengan penggunaan rona-rona denim yang gah di samping warna-warna pastel.

whatsapp-image-2017-09-06-at-4-49-20-pm-3
Gambar ihsan Instagram @runways_asia

Ini membenarkan mereka untuk bermain dengan pelbagai warna. Selain itu Romyda turut menampilkan beberapa helaian buat kaum Adam juga.

whatsapp-image-2017-09-06-at-4-49-20-pm-1
Gambar ihsan Instagram @ellemalaysia

Kami di Suria mengucapkan tahniah kepada Romyda dan semoga terus menghasilkan karya-karya fesyen yang hebat!

whatsapp-image-2017-09-06-at-4-49-20-pm-5
Gambar ihsan Instagram @forger_photo

(Gambar ihsan Instagram@forger_photo , @ellemalaysia , @runways_asia , @tinibibbaby , dan @razlanjohari)