Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  August 9th, 2017          |          Kategori : Gaya

Portal Kecantikan Atas Talian Terbesar Malaysia Buka Pintu Untuk Jenama Tempatan

home-page

Sebuah lagi hab kecantikan di atas talian yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul menemui pencinta pasaran jenama-jenama kecantikan.

founders-diana-and-nadia-nasimuddin

Diberi nama, mySMINK, ia merupakan cetusan idea Beauty Luxe Sdn Bhd, yang diterajui oleh dua orang adik-beradik perempuan iaitu, Nur Nadia SM Nasimuddin dan Nur Diana SM Nasimuddin, yang sama-sama punya cinta pada dunia kecantikan.

Idea platform ini telah tercetus pada awal tahun lagi tetapi laman sesawangnya mula berfungsi pada Mei 2017.

shop-the-feed

Laman ini bukan sahaja bertujuan menjual barangan kecantikan tetapi juga mewujudkan komuniti kecantikan atas talian dengan mendidik pengguna sert pelanggan tentang setiap produk yang ada di pasaran mereka.

makeup-banner

Dengan terlancarnya jenama mySMINK jenama-jenama tempatan yang sudah mula menempa nama di pasaran barangan kecantikan kini boleh dicapai dari setiap penjuru dunia dalam suasana penuh kemewahan.

skincare-banner

mySMINK mempertaruhkan lebih 40 jenama kecantikan tempatan dengan aneka kegunaan seperti barangan solekan, penjagaan kulit, peralatan serta perkakas kecantikan rambut dan juga badan.

tools-banner

mySMINK juga satu-satunya pengedar atas talian buat jenama Madame Izara, koleksi barangan solekan milik pelakon jelita Izara Aishah serta Morena jenama solekan khas untuk mereka yang berkulit lebih gelap dan hitam manis.

halal-banner

Tersedia juga kategori bagi barangan yang disahkan Halal yang semakin mendapat tempat dalam pasaran antarabangsa.

Untuk kategori ini, mySMINK menawarkan barangan yang diluluskan oleh JAKIM atau badan antarabangsa yang diakui.

 

 

Untuk lebih banyak perkembangan tentang gaya, kecantikan dan fesyen klik di sini