Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  October 10th, 2017          |          Kategori : Jalan-Jalan

Radisson Blu Plaza Sydney : Permata di Tengah Kota Sydney

Sejak adanya pernebangan tambang rendah, ramai rakyat Malaysia yang sering bercuti di sekitar Asia Pasifik selain Asia Tenggara. Salah satu destinasi yang sering menjadi pilihan adalah Australia.

Negara yang kaya dengan sejarah uniknya sendiri ini sangat dikenali dengan kota Sydney, sebuah bandaraya yang menjadi pusat perniagaan dan perdagangan, biarpun ia bukan ibunegara Australia! Dan andainya berkunjung ke Sydney, cubalah bermalam di salah satu hotel paling mewah bandaraya itu iaitu Radisson Blu Plaza di Sydney. Daripada sebuah bangunan lama milik empayar akhbar Fairfax dan kemudian bangunan bank berprestij New South Wales, ia kini gah sebagai sebuah hotel yang mewah dan selesa.

radisson-blu-plaza-hotel-sydney-facade

Hotel ini terletak di kawasan pusat kota Sydney dan berada hanya beberapa minit sahaja dari kawasan Sydney Opera House.
Apa yang memudahkan lagi adalah lokasinya di O’Connell Street yang terletak di sebelah salah satu jalan terkenal dengan deretan kedai serta pusat membeli-belah Sydney iaitu iaitu Pitt Street. Dengan itu para tamu tidak perlu pergi jauh untuk mencari sesuatu yang menarik kerana sebaik sahaja melangkah keluar dari hotel, para pengunjung sudah berada di awal jalan kawasan pusat membeli belah ini!

suite-712

Setiap bilik dan suite di hotel ini telah direka khas dengan unsur-unsur moden tanpa melupakan faktor keselesaan. Berbekalkan 338 bilik dan 26 suite khas yang dihias dengan senireka dalaman moden kontemporari, hotel ini mampu memberikan ketenangan yang dicari-cari oleh setiap tamu yang datang.

Seperti setiap hotel, terdapat pelbagai pilihan untuk menikmati sajian enak serta hiburan sampingan. Salah satu tempat makan yang dimaksudkan adalah sebuah restoran yang menyelerakan iaitu Lady Fairfax Room. Ia menampilkan hidangan buffet dan a la carte terbaik mereka.

high-tea

Selain itu terdapat juga Bentley Restaurant & Bar dengan konsepnya tersendiri. Ia pernah memenangi anugerah Restoran Baru Terbaik, ‘Chef of the Year’ dan ‘Sommelier of the Year’ oleh segmen Good Food Guide Awards dalam akhbar The Sydney Morning Herald.

the-fax-bar

Para tamu juga boleh merehatkan badan di Tanatcha Spa, bersenam di gimnasium dan berenang di kolam renang mereka.

pool

Pendek kata, hotel ini memang sesuai buat seisi keluarga kerana berdekatan dengan pelbagai tarikan menarik. Selain pusat membeli-belah, tempat-tempat pelancongan menarik seperti Sydney Opera House juga sangat hampir dengan hotel ini. Jadi kalau berkunjung ke Sydney pastikan anda singgah bermalam di hotel Radisson Blu Plaza Sydney. Ia benar-benar mewah dan menyeronokkan!