Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  October 10th, 2017          |          Kategori : Selera

Sawadee Crunch – Sedapnya Seperti Di Thailand

2i

Sentiasa menambat hati pelanggan dengan pelbagai inovasi enak, KFC Malaysia kini kembali untuk memperkenalkan sensasi rasa terbaharu yang pasti memenuhi selera para penggemarnya. Hidangan promosi masa terhad, KFC Spicy Sawadee Crunch membawakan gabungan harmoni dengan citarasa Thai sebenar hanya daripada RM13.50.

Hidangan Spicy Sawadee Crunch terbaharu ini menyajikan keistimewaan perisa Thai yang digabung dengan kepakaran KFC. Ayam empuk diperap dengan adunan Hot & Spicy KFC lalu disalut dengan campuran herba dan rempah Thai sebenar serta digoreng hingga keemasan pasti menjanjikan pengalaman istimewa dengan kesedapan seperti berada di Thai.

1

“Pengaruh Thai sudah sebati dengan citarasa tempatan. Apa yang digemari oleh rakyat Malaysia tentang masakan Thai ialah kesegaran bahannya serta keseimbangan rasa di antara pedas dan masam. Kami gabungkan sentuhan manis, masam dan pedas bersama ayam KFC Hot & Spicy kegemaran ramai khusus buat pencinta KFC dan makanan Thai di luar sana,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC Malaysia.

“Kami sentiasa berusaha untuk menambat hati para pelanggan. Kami mengambil kira apa yang mereka gemari dan melaksanakan inovasi ke dalam menu kami bagi memenuhi permintaan mereka. Kami percaya rakyat Malaysia akan menggemari KFC Spicy Sawadee Crunch ini. Cuba sekarang sebelum terlambat!” tambah beliau.

KFC Spicy Sawadee Crunch boleh didapati di dalam kombo 2 ketul dan 3 ketul ayam. Kedua-dua kombo didatangkan bersama hidangan sampingan KFC iaitu coleslaw dan kentang putar serta minuman Lipton Ice Tea yang menyegarkan.
Boleh didapati di setiap restoran KFC seluruh Malaysia bermula 10 Oktober 2017, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my