Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  January 8th, 2018          |          Kategori : Selera

Starbucks Sambut Tahun Baru Dengan Minuman Espresso Baru

salted-caramel-mocha-crumble-hot

Starbucks mengalu-alukan kedatangan tahun baru dengan memperkenalkan dua minuman baru iaitu Starbucks® Chestnut Mont Blanc Latte; serta kembali lagi, Starbucks® Salted Caramel Mocha Crumble yang pasti akan menghangatkan lagi tahun baru 2018.

Starbucks® Chestnut Mont Blanc Latte merupakan campuran Espresso khas Starbucks dengan susu kukus serta sos krim buah berangan Ireland yang diserikan lagi dengan krim putar espresso.

Starbucks® Salted Caramel Mocha Crumble pula kembali atas permintaan popular. Ia merupakan espresso premium yang hadir dengan sos mocha dan sirap kacang toffee. Ia menghasilkan imbangan manis dan masin berserta krim putar, sos karamel dan juga gula turbinado di samping garam laut.

 

Minuman Starbucks® Chestnut Mont Blanc Latte dan Starbucks® Salted Caramel Mocha Crumble boleh didapati di semua cawangan bermula 3 Januari 2018 pada harga RM17.50 ke atas.

Untuk maklumat lanjut layari www.starbucks.com.my.