Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
Uncategorized
  November 18th, 2015          |          Kategori : Jalan-Jalan

Tempat ‘Awesome’ Untuk Si Kaki Hiking Sekitar Lembah Klang

Suka panjat-panjat bukit tak? Haaa mesti ada yang suka buat aktiviti ni kan? Paling best bila panjat time tengah-tengah pagi semata-mata nak tengok matahari terbit, pergh! Cantik weh! Tapi kan korang jangan ingat area Lembah Klang ni just hanya bangunan tinggi melangit je uolls! Disebalik bangunan-bangunan tu, berlambak tau tempat-tempat yang awesome untuk korang terokai. Sebenarnya banyak tempat hiking yang best area Lembah Klang ni tapi weolls kasi 7 lokasi jela eh. Yang lain-lain tu pandai-pandai uolls la nak cari. Hehehe. 

Bukit Kiara Park di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Tahap kesukaran: Mudah.
Tempoh dari bawah ke puncak: 1 jam hingga 90 minit untuk landasan dan laluan hutan.
Waktu operasi: Setiap hari.
Maklumat penting: Selain pejalan kaki, terdapat laluan yang sesuai untuk uolls yang suka berjoging, berbasikal, menunggang motosikal gunung dan menunggang kuda. Wah gitchew!
Kos: Tak ada!

Kredit foto: sungaisiput.blogspot.com
Kredit foto: sungaisiput.blogspot.com
Kredit foto: poskod.my
Kredit foto: poskod.my

Broga Hill di Semenyih, Selangor

Tahap kesukaran: Sederhana.
Tempoh dari bawah ke puncak: 40 minit.
Waktu operasi: Setiap hari.
Maklumat penting: Ramai syorkan pergi mendaki seawal 5 pagi untuk melihat keindahan matahari terbit.
Kos: RM2 untuk bayaran tempat letak kereta.

Kredit foto: hamydy.wordpress.com
Kredit foto: hamydy.wordpress.com
Kredit foto: youtube.com
Kredit foto: youtube.com

Canopy Walk di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong

Tahap kesukaran: Mudah.
Tempoh dari bawah ke puncak: Ambil masa antara 30 minit – 1 jam untuk berjalan, bergantung pada laluan.
Waktu operasi: Selasa hingga Khamis dan hujung minggu, 9.30 pagi – 2.30 petang (Bergantung pada keadaan cuaca).
Maklumat penting: Popular dengan kawasan perkelahan dan air terjun.
Kos: Tiket berbeza mengikut laluan.

Kredit foto: holidaycheck.at
Kredit foto: holidaycheck.at
Kredit foto: asianimages.wordpress.com
Kredit foto: asianimages.wordpress.com

Air Terjun Chiling di Kuala Kubu Bharu

Tahap kesukaran: Sederhana.
Tempoh dari bawah ke puncak: 1 jam.
Waktu operasi: Jumaat hingga Ahad, 8 pagi – 6 petang (tapi buat masa sekarang, tempat ni ditutup untuk sementara waktu ye)
Maklumat penting: Terdapat tiga peringkat air terjun, yang paling tinggi adalah kurang sesak dan sesuai untuk berkelah.
Kos: RM1 untuk yuran pendaftaran.

Kredit foto: gallery-msclubmalaysia.blogspot.com
Kredit foto: gallery-msclubmalaysia.blogspot.com
Kredit foto: petai.net
Kredit foto: petai.net

Bukit Nanas, juga dikenali sebagai KL Forest Eco Park di Kuala Lumpur

Tahap kesukaran: Mudah.
Tempoh dari bawah ke puncak: 30 minit.
Waktu operasi: Setiap hari, 7 pagi – 7 petang (Bergantung kepada keadaan cuaca).
Maklumat penting: Ia terletak berhampiran dengan Menara KL.
Kos: Percuma! Apa lagi, moh ler!

Kredit foto: windowseatpreferred.com
Kredit foto: windowseatpreferred.com
Kredit foto: thestar.com.my
Kredit foto: thestar.com.my

Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor

Tahap kesukaran: Mencabar.
Tempoh dari bawah ke puncak: 4 – 5 jam.
Waktu operasi: Setiap hari.
Maklumat penting: Terdapat dua tapak perkhemahan, Kem Lolo dan Kem Pacat di mana ikon pokok Gunung Nuang berada.
Kos: RM1 untuk yuran pendaftaran.

Kredit foto: afifplc.blogspot.com
Kredit foto: afifplc.blogspot.com
Kredit foto: afifplc.blogspot.com
Kredit foto: afifplc.blogspot.com

Bukit Tabur di Taman Melawati, Selangor

Tahap kesukaran: Mencabar.
Tempoh dari bawah ke puncak: Sehingga 3 ke 4 jam.
Waktu operasi: Khamis, hujung minggu dan cuti umum, 8.30 pagi – 5 petang.
Maklumat penting: Dikenali sebagai The Dragon’s Backbone, adalah quartz ridge terpanjang di dunia yang menawarkan pemandangan hebat Klang Gates Dam, bukit Melawati, dan KL skyline.
Kos: RM5 bagi setiap orang untuk permit mendaki dari Jabatan Perhutanan.

Kredit foto: alfgee.wordpress.com
Kredit foto: alfgee.wordpress.com
Kredit foto: zaren88.blogspot.com
Kredit foto: zaren88.blogspot.com

 

 

Sumber : wanista Foto Kredit : theodysseyonline