Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 5th, 2017          |          Kategori : Jalan-Jalan

The L Resort Krabi, Penginapan Moden, Harga Berpatutan

l6

Jika anda ke Krabi, Thailand pasti anda susah untuk memilih tempat penginapan yang menarik dan juga dekat dengan pantai Ao Nang bukan? Jika anda menyusuri jalan di sekitar Ao Nang anda akan lihat pelbagai hotel, dan juga resort. Namun anda tidak perlu khuatir lagi kerana The L Resort Krabi bukan sahaja mempunyai lokasi yang terbaik, tetapi premis resort mereka yang baru diubahsuai menjanjikan penginapan yang menyenangkan di Krabi.

Dengan pengubahsuaian baru mereka, tempat ini mempunyai semua ciri-ciri kedamaian, keselesaan dan kemudahan kehidupan ibarat di negara Eropah, tetapi masih tepat di tengah-tengah bandar Ao Nang, dengan laluan mudah ke kedai-kedai berdekatan, restoran dan bar.

l4

Keunikan yang terdapat di L Resort ini dalah ruang menunggu mereka yang sangat hebat kerana lengkap dengan sofa yang selesa, TV dan penyaman udara. Ianya merupakan sebuah idea yang baik untuk menarik serta menberikan keselesaan yang maksimum kepada pegunjungnya. Dan yang lebih menarik tempat tersebut siap dengan bilik mandi. Anda tahu sahajalah Krabi mempunyai cuaca yang agak panas, jika anda ingin menyegarkan diri anda bolehlah mandi dahulu!

l3

The L Resort ini juga memberikan layanan yang sangat moden di mana mereka memberikan Ipad kepada setiap pengunjung yang tidur di hotelnya. IPad itu mengandungi L Resort App di mana kita boleh meminta pelbagai perkara seperti memesan perkhidmatan bilik, urutan, atau panggilan bangun tidur ataupun “wakeup call” dan boleh “google” apa sahaja mengenai Ao Nang. Kami sangat kagum dengan kemudahan yang disediakan ini kerana memudahkan aktiviti harian kami.

l2

Bilik yang disediakan adalah luas, bersih, dan moden. Tempat tidur itu diserlahkan dengan warna ungu yang kuat yang menjadikan seluruh tempat itu kelihatan moden “Pop”. Bilik air juga besar dan juga selesa. Mereka juga menyediakan tuala untuk ke kolam renang bagi memudahkan pengunjungnya. Dan apa yang paling menarik ialah mereka menyediakan mesin expresso! Tidak perlulah anda ke Starbucks untuk minum kopi!

l1

The L Resort ini mempunyai dua kolam besar dengan menyediakan kerusi pantai untuk para pengunjungnya berehat sambil berjemur di bawah cahaya matahari. Selain itu,restoran hotel ini iaitu ‘Wanna’s Place’ yang terkenal dengan masakan Eropah, masakan Thailand tempatan, dan stik mereka dimasak di atas batu panas. Kepada setiap pengunjung yang datang di sini mereka diwajibkan untuk merasai sendiri stik tersebut!

l5

Secara keseluruhanya, setiap penjunjung yang datang ke L Resort ini pasti berpuas hati dengan layanannya yang begitu moden dan juga selesa. Ketika berada di hotel ini semuanya di hujung jari anda. Jika anda ingin membeli -belah, anda hanya perlu berjalan kaki beberapa tapak sahaja dari hotel tersebut. Inginkan urutan spa juga anda tiada masalah kerana pelbagai jenis spa terdapat di kawasan tersebut. Anda tidak perlu risau lagi, kerana The L Resort sangat sesuai buat pelancong yang inginkan kemudahan yang maksimum.

 

sumbangan : Fiera Rahim