Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  November 13th, 2017          |          Kategori : Jalan-Jalan

The Quincy Hotel di Singapura Yang Selesa Dan Ranggi

 

20171015_130243

Tampil dengan konsep dan jenama yang tersendiri, The Quincy Hotel merupakan hotel di bawah kumpulan syarikat Far East Hospitality yang juga pemilik hotel-hotel lain di rantau ini. Di Singapura, hotel ini terletak di kawasan Mount Elizabeth, sebuah kawasan kediaman yang sebenarnya beberapa minit perjalanan sahaja dari jalan tersohor Orchard Road.

the-quincy-hotel_studio-room-03

Apa yang membezakan Quincy dengan hotel-hotel lain adalah imejnya yang lebih ‘mudah’ tapi ranggi. Berbekalkan 108 bilik yang kemas dan menarik ia sering menjadi pilihan ramai pengunjung.

20171015_124103

Semua bilik lengkap dengan TV layar leper dan juga kemudahan wi-fi internet secara percuma, ia juga mempunyai sebuah bilik mandi yang lengkap dengan kelengkapan mandi berjenama Molton Brown. Lebih menarik lagi, setiap tamu yang bermalam akan diberi makanan percuma di mini bar, koktel serta minuman petang dan hidangan ringan sepanjang hari!

20171015_124110

Ini ditambah lagi dengan senireka dalamannya yang berwarna-warni serta lokasi strategiknya yang dekat dengan Orchard Road. Faktor ini memudahkan para pengunjung untuk membeli-belah serta menjamu selera di aneka tempat makan dan kedai yang tersedia. Lebih canggih lagi, semua bilik dilengkapi ‘Handy Phone’ yang lengkap dengan data internet buat tamu yang ingin menggunakannya di luar hotel bagi tujuan menggunakan internet! Ia juga membolehkan tamu membuat panggilan tempatan percuma dan panggilan antarabangsa percuma ke beberapa buah negara tertentu!

20171015_130221

the-quincy-hotel-pool-photo

Quincy juga mempunyai sebuah kolam renang indah dengan pemandangan pencakar langit Singapura yang lengkap dengan lampu LED warna-warni yang menyala secara automatik di waktu malam. Tersedia juga mesin khas untuk memesan kereta Grab di lobi buat tamu yang berminat.

20171015_124127

Dengan konsep yang sangat unik dan asli ini, pasti ramai yang tertarik untuk cuba bermalam di Quincy sekiranya ke Singapura nanti. Pendek kata, hotelnya sangat praktikal serta para pekerjanya ramah dan suasananya meriah!

quincy-facade-night