Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 12th, 2018          |          Kategori : Gaya

Variasi Fesyen Peserta AJL ke-32

Akhirnya, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-32 telah diumumkan, dan lagu ‘Jampi’ nyanyian Hael Husaini ciptaan Ezra Kong dan Hael sendiri telah dinobatkan sebagai juara.

Dan seperti biasa, acara yang dianggap anugerah muzik paling berprestij negara ini sering memaparkan ajnas gaya dan fesyen artis yang menarik. Bertemakan ‘Fesyen dan Muzik’, para finalis AJL kali ini nampaknya bergaya sakan di atas pentas.

Di sini Suria berkongsi semula busana yang telah digayakan oleh para peserta akhir AJL ke-32.

Yang mana satu menjadi pilihan anda?

whatsapp-image-2018-02-12-at-12-45-08-pm
Hazama dengan fesyen berkonsep ‘Goth Rock’

 

whatsapp-image-2018-02-12-at-12-45-09-pm
Khai Bahar dengan fesyen konsep ala zaman Victoria

 

whatsapp-image-2018-02-12-at-12-33-24-pm
Salma berbusana serba perak

 

whatsapp-image-2018-02-12-at-12-33-24-pm-6
Juara AJL ke-32 Hael Husaini kelihatan segak dengan jaket bermotif unik

 

whatsapp-image-2018-02-12-at-12-33-24-pm-4
Dayang Nurfaizah seperti biasa kelihatan anggun dalam busana Rizalman Ibrahim

 

whatsapp-image-2018-02-12-at-12-33-24-pm-3
Wany Hasrita memilih warna merah

 

whatsapp-image-2018-02-12-at-12-33-24-pm-2
Salah seorang pemenang vokal terbaik Ernie Zaakri kelihatan cantik dalam dres berona merah jambu

 

whatsapp-image-2018-02-12-at-12-33-23-pm
Ara Johari dengan gaya rock feminin

 

whatsapp-image-2018-02-12-at-12-33-23-pm-5
Syamel kelihatan santai dan bergaya dalam sut tanpa tali leher (gambar ihsan Maestro Media)

 

whatsapp-image-2018-02-12-at-12-33-23-pm-4
Azmi Caliph Buskers juga kelihatan segak dalam busana serba putih

 

whatsapp-image-2018-02-12-at-12-33-23-pm-3
Haqiem Rusli juga memilih rona perak malam tersebut

 

whatsapp-image-2018-02-12-at-12-33-23-pm-2
Altimet segak bak pahlawan Melayu