Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  November 13th, 2017          |          Kategori : Selera

Wain Halal dan Daging Tulang Rusuk Menyelerakan di Royz Et Vous

 

20171014_125018

Bir tanpa alkohol mungkin sesuatu yang sudah sering kita dengar tetapi pernahkah anda mencuba wain tanpa alkohol? Jika belum, anda berpeluang merasainya di sebuah restoran istimewa di Singapura.

20171014_134418

Restoran yang dikenali sebagai Royz Et Vous itu terletak di kawasan pusat perdagangan Singapura di Telok Ayer dan menghidangkan pelbagai sajian yang lazat dan paling penting dijamin halal.

20171014_131256

Suria berkesempatan mencuba beberapa sajian pilihan sewaktu berkunjung ke sana bermula dengan wain halal yang digembar-gemburkan ramai pengunjung restoran ini. Kami mencuba wain halal merah dan putih kerana ingin tahu bagaimana rasa wain. Biarpun ia tidak mempunyai alkohol, tetapi kami diberitahu rasanya agak mirip kerana diperbuat daripada anggur.

20171014_151319

Apa yang membezakan wain halal dan tidak halal sudah tentulah kandungannya. Wain sebenar yang mengandungi alkohol melalui proses penapaian sehingga menjadi alkohol manakala wain halal tidak mengandungi alkohol kerana proses penapaiannya tidak dihabiskan supaya tidak menghasilkan alkohol.

20171014_151301

Dan wain ini boleh dinikmati dengan ajnas hidangan lazat yang ada di Royz et Vous.

Ini dimulakan dengan pembuka selera seperti nachos berupa kepingan keropok tortilla yang disalut keju, guacamole, krim masam, jalapeno dan juga sos salsa.

20171014_134818

20171014_134824

Diikuti pula dengan kepak ayam goreng susu mentega yang benar-benar sedap dan rangup.

20171014_134907

Jangan lupa juga untuk menjamah Shepherd’s Pie berisi daging lembu lembut dan kentang lenyek bawang putih serta hirisan lobak merah dengan kerepek kentang sampingan.

 

20171014_135041

Untuk hidangan utama pula kami berpeluang mencuba Pasta Signature Prawn and Crayfish bersos krim dengan rasa pedas cili padi.

20171014_135254

Tidak dilupakan Smoked Duck berupa dada itik yang diasap atau dipanggang dan dihidangkan dengan kentang serta sos khas yang enak.

20171014_140514

Namun yang paling kami gemari adalah Beef Short Ribs atau daging tulang rusuk lembu yang dipanggang dengan begitu lembut. Ia dihidangkan bersama sos barbeku masam manis. Selain kualiti dagingnya yang baik, cara masakannya juga melazatkan lagi hidangan ini.

20171014_141031

Mereka juga mempunyai beberapa minuman menarik lain seperti Pina Colada dan juga Concombre Twist yang sangat menyegarkan.

Tidak ketinggalan pencuci mulut dalam bentuk aiskrim sorbet Mangga dan limau Yuzu yang diberi nama Duo Snowball.

20171014_14521720171014_135109

20171014_140131

Menurut pemilik Royz Et Vous, Puan Widyanty dia memang mahu memberikan yang terbaik buat para pelanggannya dan mahu menghidangkan sesuatu yang berbeza serta lain daripada yang lain. Dan nampaknya percaturannya benar-benar berjaya kerana semua yang kami cuba memang enak dan menyelerakan.

20171014_144345

Dan kalau anda mahu mencuba lebih banyak lagi hidangan lazat mereka, pergilah ke Singapura. untuk keterangan lanjut layari http://royzetvous.com.sg/

20171014_125139

20171014_125219