#RaraWarrior

Mampukah Rara melepasi semua cabaran yang telah diberikan ?

Rara atau juga dikenali dengan nama Sharifah Shahira bakal menyahut cabaran yang diberikan oleh rakan penyampai Suria Pagi iaitu Fizi Ali & Zulin Aziz.

Pada setiap cabaran yang dilakukan oleh Rara dalam #RaraWarrior, dia akan ditemani oleh seorang artis jemputan.

Nak tau cabaran apakah yang akan diberikan ?

Dengarkan Suria Pagi sepanjang minggu untuk mengetahui cabaran yang akan Rara lakukan dan saksikan episod penuh di sini.