Acara Ride for Malaysia akan berlangsung buat pertama kalinya pada 30 Julai 2017 di SunSuria City Celebration Centre, Putrajaya Selatan, Salak Tinggi

Ia merupakan acara berbasikal dan terdapat dua kategori iaitu Kategori Fun Ride yang meliputi jarak 30 km di sekitar laluan indah Sunsuria City dan kategori Family Ride sejauh 5.5km.

Acara ini bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur bagi meraikan warisan dan pencapaian negara kita, dengan harapan seluruh rakyat Malaysia terus maju kehadapan dalam keadaan bersatu dan harmoni.

Yuran penyertaan bagi Ride Fun berharga RM60 seorang. Terdapat juga Slot Keluarga yang berharga RM40 bagi dewasa, dan RM25 untuk kanak-kanak yang berumur 17 tahun ke bawah.

Untuk mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://sites.thestar.com.my/rideformalaysia/

 

img_7997