Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  August 11th, 2017          |          Kategori : Trending

10 Atlet Tampan Singapura di Sukan SEA ke-29

whatsapp-image-2017-08-11-at-4-36-16-pm

Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) adalah jenama Sukan Sea ke-29 yang bakal berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017. Sebanyak 11 buah negara ASEAN bakal mengambil tempat pada temasya kali ini.

Bertepatan dengan sambutan Suria 10 tahun, kami akan berkongsi trivia-trivia menarik di sepanjang kejohanan berlangsung. Kalau minggu lalu kami kongsikan tentang beberapa atlet wanita Malaysia yang jelita, kali ini Suria mendekati 10 atlet lelaki kacak dari Singapura yang bakal mejadi tumpuan lensa kamera .

10. Enrico Elifh Abdul Lathif Marican (Hoki) – pemegang nama unik ini merupakan kapten pasukan Hoki Singapura. Atlet yang dilahirkan pada 24 Oktober 1991 pernah membantu pasukannya memenangi pingat Perak pada kejohanan Sukan SEA ke 28 (2015). Memiliki raut wajah melayu klasik pasti ramai ingin mengenali atlet ini dengan lebih dekat. Sukan Hoki akan memulakan perlawanan pada 21 hingga 29 Ogos bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Instagram: @enricoelifhmarican

whatsapp-image-2017-08-11-at-3-39-42-pm

9. Aizat Jufrie (Gimnastik) – Jika dilihat dari raut wajahnya ramai yang tidak menyangka yang dia mewakili negaranya dalam sukan gimnastik. Atlet berusia 21 tahun ini pernah memanangi pingat Gangsa pada pada kejohanan Sukan SEA ke 28. Membawa harapan sekali lagi untuk mengibarkan bendera Singapura pada kejohanan kali ini. Memang tidak dapat dinafikan, kulit sawo matang dan senyuman yang menawan adalah kelebihan buat atlet ini.
@aizatjufrie

aizat-jufrie-3

14454784099_6cf0e1664d_k

8. Adam Alexander Vine (Rugbi) – Masih muda berusia 20 tahun, pernah menimba pengalaman kejohanan Rugbi Asia (U19) di Manila. Kejohanan Sukan SEA kali ini membawa makna kepadanya apabila pertama kali mewakili Singapura untuk kejohanan ini. Mempunyai kening yang menarik mampu membuat wanita terkesima apabila kali pertama bertemu. Tapi jangan lebih-lebih ya kerana dia sudah pun berpunya …Ragbi akan memulakan aksi di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, ayuh ramai-ramai kita penuhkan stadium
Instagram : @adam.vine

whatsapp-image-2017-08-11-at-3-38-43-pm

whatsapp-image-2017-08-11-at-3-38-42-pm

7. Nur Ashriq Ferdaus (Hoki) – apa yang menarik tentang jejaka ini, pastilah sepasang mata yang redup dan bibir yang menawan. Jejaka berusia 24 tahun ini merupakan pengemudi barisan tengah pasukan Hoki Singapura. Dia juga pernah beraksi dalam sukan Hoki Indoor. Singapura akan menentang Malaysia pada 26 Ogos, kepada yang nak datang menyokong amatlah digalakkan dan kemasukan adalah percuma.
Instagram : @ashriqq

whatsapp-image-2017-08-11-at-3-43-31-pm

whatsapp-image-2017-08-11-at-3-43-34-pm

6. Jonathan Chong (Kayak) – Bakal menyambut kelahiran pada 24 Ogos ini, pemegang nama Jonathan Chong Zu Quan merupaka atlet kayak yang menjadi tumpuan. Pernah beraksi pada kejohanan “SEA Canoeing Championship 2014 dan memenangi pingat Emas dan Perak di “National Canoeing Championships 2014”. Melihat pada gambar-gambar di media sosial miliknya, gayanya tak ubah seperti seorang pelakon Hong Kong. Mungkin akan ada yang tersilap dia adalah seorang pelakon drama.
Instagram: @jonathanchongzq

 

whatsapp-image-2017-08-11-at-3-40-38-pm

whatsapp-image-2017-08-11-at-3-40-37-pm-1

5. Armin Maier (Bola Sepak) – Bermain di posisi tengah, Armin Maier bakal menjadi tumpuan. Baru Sahaja memasuki usia 20 tahun, senyumannya yang menawan dilihat menjadi tarikan di samping kelincahannya beraksi di padang. Jejaka berdarah kacukan Jerman Singapura ini telah memulakan kerjaya pada usia 8 tahun apabila tertarik dengan video pemain bola sepak Ronaldinho menimbang bola. Singapura bakal menentang Malaysia pada aksi kumpulan A 16 Ogos ini. All the best Armin…see you soon
Instagram: @armie_97

armin-maier

armin-maier-3

4. Ikhsan Fandi (Bola Sepak) – Wajah Babyface Ikhsan Fandi bukanlah asing buat peminat-peminat bola sepak di Singapura. Pernah membuat kejutan apabila menjaringkan hatrik ketika menentang pasukan Liverpool (U15) pada kejohanan 26th Lion City Cup. Saat itu wajah dan aksinya sering menjadi tumpuan dan dikatakan antara pelapis terbaik untuk sukan Bola Sepak. Mewarisi wajah tampan ayahnya bekas pemain bola sepak Fandi Ahmad dan Ibunya Wendy Jacobs (bekas model dari Afrika Selatan)
Instagram: @ikhsanfandi

whatsapp-image-2017-08-11-at-3-50-07-pm

whatsapp-image-2017-08-11-at-3-50-06-pm

3. Timothee Yap (Lari Pecut 100m) – Baru sahaja menerima anugerah “Meritorius Awards 2017” pada Anugerah Sukan Singapura 2017 yang lalu, jejaka berusia ini sering menjadi tumpuan kerana tubuh badannya yang tinggi dan wajahnya mirip selebriti KPOP.. Pernah beraksi bersama Usain Bolt pada kejohanan Olimpik di Rio. Pasti ramai yang ingin melihat atlet ini beraksi dengan lebih dekat. Jangan lupa dapatkan tiket masuk di laman sesawang www.kualalumpur2017.com.my
Instagram: @timotheeyjw

whatsapp-image-2017-08-11-at-3-52-52-pm

whatsapp-image-2017-08-11-at-3-52-54-pm

2. Irfan Fandi (Bola Sepak) – Irfan Fandi merupakan seorang lagi anak kepada legenda bola sepak Singapura Fandi Ahmad. Dengan ketinggian 186cm dan raut wajah yang eksotik, dia sering menjadi penghias muka hadapan majalah dan juga model kepada barangan jenama antarabangsa. Melihat kepada laman Instagram miliknya yang kini mencecah 54ribu pasti dia merupakan antara atlet yang popular di negaranya. Bakal memasuki usia 20 tahun Ogos ini, dia mewakili pasukan Home United ketika beraksi di liga Singapura dan juga pernah tersenarai sebagai “Top 20 Southeast Asian Rising Stars oleh Goal.com” Hebat jugak ni…!
Instagram : @irfanfandi17

whatsapp-image-2017-08-11-at-3-50-36-pm

whatsapp-image-2017-08-11-at-3-50-38-pm

1. Joseph Isaac Schooling (Renang) – Mengungguli tempat pertama adalah atlet renang ini. Setelah memenangi pingat emas pada kejohanan Olimpik Rio 2016 100m acara kupu-kupu, wajahnya menjadi perhatian bukan sahaja peminat sukan renang malah seluruh wanita tertumpu kepada raut wajahnya kacak dan susuk tubuh yang menarik.Kejayaan itu lebih manis apabila dapat menewaskan juara dunia Michael Phelps dari USA yang memenangi pingat perak. Kejayaan yang dipahat itu juga meninggalkan kenangan manis buatnya apabila Berjaya memecahkan rekod National, Asia dan Olimpik. Nak lihat dia beraksi jom ke Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil bermula 21 Ogos ini.
Instagram : @josephschooling

whatsapp-image-2017-08-11-at-4-01-14-pm

whatsapp-image-2017-08-11-at-4-01-15-pm

sumbangan : Afdal Shahizad (@afdalshahizad)

 

Untuk lebih banyak maklumat sensasi klik di sini