Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  May 19th, 2017          |          Kategori : Trending

Afdlin Shauki Menempelak Moderator TN50

Satu Malaysia sudah tahu insiden tampar menampar yang berlaku sewaktu majlis Transformasi Nasional 2050 (TN50) baru-baru ini.

screen-shot-2017-05-18-at-8-15-49-am

Apabila berlaku sesuatu yang melibatkan politik, pasti ada pelbagai pandangan serta pendapat dari pelbagai perspektif yang menyaksikan ‘drama’ ini.

Pelakon dan pengarah terkenal Afdlin Shauki dalam status Instagramnya telah menyalahkan Moderator majlis yang disifatkannya sebagai tidak pandai mengawal keadaan.

_20170519_104202

Afdlin juga turut mempersoalkan motif moderator itu mengeluarkan ayat “dia ni memang kurang ajar Dato’ Seri” kepada Perdana Menteri.

Katanya dalam status itu lagi, apa tujuan moderator itu memburukkan keadaan? Bukankah lebih baik sekadar meminta maaf di atas kelakuan anak-anak seni yang terlalu ingin menonjolkan diri.

Status Afdlin itu telah mendapat ‘Like’ dan komen dari ramai netizen serta artis-artis popular tempatan antaranya Dato Siti Nurhaliza.