Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  April 16th, 2018          |          Kategori : Popular

Aiman Tino Raja Youtube Malaysia

Penyanyi remaja popular Aiman Tino mendominasi carta 10 video di Malaysia yang mendapat jumlah tontonan tertinggi di saluran video terkemuka YouTube.

Lagu Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino menjadi video yang paling banyak ditonton dengan jumlah tontonan sebanyak 44 juta.

Kuasa Aiman Tino tidak berakhir pada lagu Ku Rela Dibenci apabila lagu keduanya iaitu Permata Cinta menduduki tempat kedua dengan jumlah tontonan 32 juta.

screen-shot-2018-04-16-at-1-32-13-pm

Di tangga ketiga pula diduduki oleh penyanyi wanita iaitu Wany Hasrita yang meledak dengan lagu hits Menahan Rindu yang telah pun meraih jumlah tontonan 30 juta.

Seorang lagi penyanyi popular yang sering menang anugerah iaitu Khai Bahar berada di kedudukan keempat dan kelima. Lagu debut penyanyi ini iaitu Bayang berada di tangga keempat dengan jumlah tontonan sebanyak 29 juta. Manakala lagu keduanya iaitu Luluh berada di tempat kelima dengan jumlah tontonan 28 juta.

Kumpulan Floor 88 menjadi satu-satunya kumpulan yang berkaja menembusi carta top 10 Youtube. Lagu hits Zalikha berjaya meletakkan mereka di tangga yang keenam dengan jumlah tontonan sebanyak 27 juta.

Ditempat ketujuh diduduki oleh Tajul dengan lagu Sedalam Dalam Rindu dengan jumlah tontonan sebanyak 26 juta, manakala di tempat kelapan diraih oleh lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli dengan jumlah tontonan sebanyak 25 juta.

Lagu Terakhir nyanyian Sufian Suhaimi berjaya meraih kedudukan kesembilan carta dengan jumlah tontonan sebanyak 23 juta.

Baru empat bulan berada di Youtube, lagu popular Pematah Hati nyanyian Nabila Razali sudah pun meraih jumlah tontonan sebanyak 20 juta sekaligus membolehkan lagu ini berada di tempat kesepuluh carta.