Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  May 18th, 2017          |          Kategori : Terkini

Akhirnya Aqasha Buka Mulut Tentang Isunya Bersama Rita Rudaini.

Agak lama juga pelakon Aqasha berdiam diri selepas kisah sensasinya bersama Rita Rudaini menjadi tular di media sosial beberapa bulan lalu.

Berkesempatan bertemu aktor yang juga penyanyi ini sewaktu pra-tonton program Ramadhan Media Prima baru-baru ini memberi peluang kepada Suria untuk mendapatkan penjelasan yang tertangguh sekian lama.

 

screen-shot-2017-05-18-at-8-39-08-am

“Apa yang saya boleh katakan, sebagai seorang lelaki dan seorang Muslim saya tahu apa yang saya lakukan.”

Aqasha juga tidak menafikan kebenaran foto-foto mesej perbualannya bersama Rita yang telah tersebar beberapa bulan lalu.

“Tetapi ini adalah pergolakan atau urusan rumah tangga dan saya percaya sebagai seorang individu saya bukanlah seorang yang suka berkongsi hal peribadi saya.”

“Saya lelaki, kalau artis perempuan itu lain ceritalah, kita tahu perempuan ini memang beremosi, tetapi pada saya cukup saya tahu apa yang saya buat dan tahu mengendali situasi, itu sudah berpatutan,” terangnya.

aqasha-3

Menurut Aqasha lagi, beliau tidak kisah akan tanggapan serta spekulasi orang ramai terhadap dirinya.

“Masyarakat Malaysia tidak perlu menumpukan perhatian mereka kepada kehidupan peribadi artis. Mereka lebih perlu menumpukan kepada visi dan tujuan artis serta sumbangan kerja seseorang artis itu”.

screen-shot-2017-05-18-at-8-50-50-am

Saat ditanya adakah beliau sedia kembali bergandingan bersama Rita Rudaini di dalam drama, pelantun lagu Embun ini berkata sebagai seorang pelakon profesional, beliau tiada masalah untuk kembali bergandingan bersama Rita.

Aqasha juga bakal tampil dalam drama terbaru Misi Laksam Dan Laksa  bergandingan bersama Rita Rudaini serta telemovie bertajuk Terima Kasih Ramadhan bergandingan bersama Fasha Sandha.tanyalah-aqasha-rita-rudaini-akhirnya-dedah-kisah-sebenar-3