Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  October 6th, 2017          |          Kategori : Terkini

Allah Bersamamu – Album Opick Paling Sedih

Penyanyi yang popular dengan lagu Rapuh, siapa lagi kalau bukan Opick baru sahaja melancarkan album terbarunya di Malaysia.

Album yang berjudul Allah Bersamamu itu adalah album yang ke 19 dan memuatkan 10 buah lagu. Disifatkan sebagai satu lagi karya agung dari Opick, album ini menampilkan kelainan dari segi cara penyampaian vokal Opick yang lebih moden.

screen-shot-2017-10-06-at-11-16-07-am

Menurut Opick, album ini adalah album yang menceritakan tentang kesedihan. Album ini lebih bertemakan kemanusiaan dan terinspirasi dari situasi yang berlaku di seluruh dunia antaranya Rohingya, Syria dan Palestin.

“Saya melihat semua dari kita mempunyai luka derita, semua dari kita pernah mengalami cubaan dan cabaran dari Allah, Saya ingin cerita kepada semua yang mengalami dugaan bahawa Allah bersamamu dan tidak pernah meninggalkanmu.

Saya melihat dari perjalanan saya ke Palestin, ke Gaza, ke Rohingya dan melihat banyak orang yang mengalami duka dan derita yang berat. Deritamu hari ini adalah Sajaddah cintamu kepada Allah”, jelasnya.

screen-shot-2017-10-06-at-11-17-08-am

Antara lagu-lagu hits yang terkandung di dalam album ini adalah seperti Allah Bersamamu, Di Pintu CintaMu, Ku Temukan Cinta, Kau Cahaya dan banyak lagi yang bakal menambat hati anda.

Menariknya tentang album Allah Bersamamu ialah kesemua lagu yang terkandung di dalam album ini dicipta sendiri oleh Opick.

screen-shot-2017-10-06-at-11-15-20-am

Album Allah Bersamamu diterbitkan oleh Tombo Ati Production dan diedarkan secara digital oleh Monkey Bone dengan kerjasama PMP Entertaiment sebagai pengedar fizikal di Malaysia.

Jangan lupa dapatkan album ini sebagai makanan jiwa dan rohani kita kerana liriknya sangat memberi maksud yang mendalam dalam kehidupan kita.