Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 7th, 2017          |          Kategori : Terkini

Amerul Affendi aka ‘Mat Yam’ Bina Madrasah Untuk Bantu Orang Kampung

Pelakon berbakat besar Amerul Affendi yang popular dengan watak Mat Yam dalam filem Polis Evo telah membina sebuah madrasah di kampung halamannya di Temerloh Pahang.

Lebih membanggakan apabila madrasah itu dibina menggunakan duit poketnya sendiri bersama dengan rakan-rakannya yang lain.

screen-shot-2017-12-07-at-2-06-45-pm

Tujuan Amerul membina madrasah tersebut kerana melihat masih ramai penduduk kawasan pedalaman yang tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

“Sekurang-kurangnya dengan adanya madrasah ini, anak-anak di kawasan pedalam dapat belajar sesuatu di sini”, jelasnya.

Tambah Amerul , madrasah itu nanti bukan sahaja akan mengajar ilmu agama, tetapi turut diselitkan dengan ilmu kesenian.

“Memang terasnya agama tetapi kami masukkan elemen kesenian, apa yang agama kita cakap tentang kesenian dalam Islam”, ujarnya.

screen-shot-2017-12-07-at-2-08-01-pm

Kata Amerul lagi, dia mungkin akan menjadi salah seorang tenaga pengajar di madrasah itu nanti.

Untuk membina sebuah madrasah pasti ada banyak cabarannya ditambah dengan isu yang pernah melanda negara baru-baru ini di salah sebuah pusat tahfiz.

Kata Amerul cabaran utama untuk membina madrasah ini ialah apabila Amerul dan rakan-rakannya membuat keputusan untuk tidak meminta-minta kepada orang ramai seperti kebanyakan orang lain.

“Kita hasilkan produk seperti madu, ikan patin sangkar dan juga album Mahar Ke Syurga. Hasil dari jualan ini yang digunakan untuk membina madrasah”, jelasnya.

screen-shot-2017-12-07-at-2-09-39-pm

Apabila membina sebuah madrasah, pastinya aspek keselamatan bangunan yang akan dipersoalkan. Kata Amerul pihaknya memang menitik beratkan tentang soal keselamatan, malah kini mereka dalam proses mendapatkan kelulusan dari pihak bomba.

Dalam perkembangan lain, Amerul bakal muncul dalam drama terbaru di saluran Astro First berjudul Mandatori yang diadaptasi dari novel tulisan Ramlee Awang Murshid.

SURIA kagum dengan Amerul di atas usaha murninya membina madrasah demi kesenagan orang kampungnya menuntut ilmu. Semoga ada lebih banyak artis atau belia di luar sana yang boleh mengikut jejak langkah Amerul.