Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  September 13th, 2017          |          Kategori : Terkini

ANGIN KENCANG NOH SALLEH

Penyanyi yang merupakan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh kini tampil dengan album solo yang berjudul Angin Kencang.

Bersempena dengan mempromosikan album ini, Noh bakal menjelajah ke beberapa negeri di serata Semenanjung Malaysia dan membuat persembahan secara ‘live’bersama-sama dengan jenama minuman tenaga Redbull yang membawa ‘mobile truck’.

screen-shot-2017-09-13-at-10-55-44-am

Jelajah akan dimulakan di Pasar karat, Johor Bharu (13 September), Taming Sari, Melaka (14 September), Padang Kota, Pulau Pinang (16 September) dan yang terakhir di Gerbang Malam, Ipoh (17 September).

screen-shot-2017-09-13-at-11-05-24-amAlbum Angin Kencang ini telah dilancarkan di Indonesia kira-kira dua tahun lepas. Menariknya proses pembikinan album ini di buat di Jakarta hanya melalui pesanan ringkas ‘Whatsapp’ dan email.

screen-shot-2017-09-13-at-11-01-44-am

Untuk album yang dibungkus semula untuk pasaran Malaysia ini turut memuatkan tiga lagu baru. Kesemua lagu ini melalui proses rakaman vokal di Jakarta.

screen-shot-2017-09-13-at-11-03-30-am

Untuk album solo ini aliran muzik yang dibawa juga berbeza dari muzik yang sering dibawa kumpulan Hujan. Noh telah memilih irama pop retro untuk album solo ini.

screen-shot-2017-09-13-at-10-53-01-am

Menurut Noh, muzik seperti ini hampir tidak mungkin dibawakan oleh kumpulan Hujan. Ia hanya dapat direalisasikan secara solo dan ia juga merupakan pengembaraan muzikal Noh dan 100 peratus atas dasar kepuasan sendiri.

 

screen-shot-2017-09-13-at-11-15-19-am

Selepas menyepi selama hampir dua tahun, Noh berharap agar peminatnya dapat menerima dan menghayati album Angin kencang ini dengan sepenuh hati dan sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi positif untuk membuka mata hati individu ke lembaran hidup yang baru.

screen-shot-2017-09-13-at-10-56-07-am

Album Angin Kencang ini akan turut dijual dengan harga RM25 sahaja sewaktu jelajah Noh Salleh ke 4 lokasi semenanjung Malaysia.