Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 16th, 2017          |          Kategori : Buletin

‘Bagitahu Peminat Awak Supaya Jaga Mulut’ – Sharnaaz Ahmad Pesan Sesuatu Buat Si Dia

Sepanjang minggu ini nama pelakon Sharnaaz Ahmad semakin hangat diperkatakan gara-gara tweet yang dimuat naik olehnya seakan-akan mengecam tindakan Fattah Amin menerbitkan buku.

Dek kerana sikap Sharnaaz Ahmad yang dikatakan seperti gangster itu telah menerima pelbagai kritikan hebat dari netizen yang menganggap beliau tidak profesional dan sengaja mahu mencari publisiti murahan.

Kini, Sharnaaz Ahmad kembali tampil bagi menjernihkan kembali namanya dan keluarga serta menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Menurut Sharnaaz, beliau tidak ada langsung menyebut nama mana-mana pihak.

Apa yang difahamkan, Sharnaaz beranggapan jika seseorang itu mempunyai masalah dengan cara beliau meluahkan pendapat, itu adalah hak individu tersebut.

“Saya tak ada nak komen sangat tentang luahan yang saya buat di Twitter itu. Cuma saya naik rimas apabila nama saya dipetik dalam perkara yang tidak ada kena mengena dengan diri saya.

“Sejujurnya saya tak kisah kalau siapa-siapa nak petik nama saya tapi bila membabitkan dan menghina bakal isteri dan keluarga saya, itu yang buat saya rimas. Saya memang tak ada masalah dengan sesiapa dalam bidang ini tapi tak sangka begini pula jadinya.”

Bukan itu sahaja, Sharnaaz juga turut sempat berpesan agar artis berkenaan menasihati peminat fanatiknya untuk tidak terlalu sensitif ketika meluahkan pendapat menerusi ruang komen.

“Hanya satu saja saya nak cakap, kalau rasa diri awak tu maksum sangat, tolonglah bagi tahu peminat awak supaya jaga mulut. Dia ada mulut cakaplah pada peminat suruh diam. Entahlah mungkin dia takut populariti jatuh bila tegur peminat.

“Tunggu sajalah lima tahun lagi, jangan rasa diri tu hebat sangat. Saya juga sebenarnya tak suka kacau orang tapi kalau orang buat hal dengan saya, mestilah saya bersuara. Saya tak kisah kalau orang nak kata saya mulut apa kerana kata-kata saya itu kerana selama ini pun dah macam-macam orang kata.”

Apa yang boleh dikatakan, jika anda mempunyai apa-apa masalah dengan seseorang, diharapkan ia dapat diselesaikan dengan cara baik dan tidak perlu membabitkan sosial media untuk meluahkan segala yang terbuku dalam hati itu.

Sumber : Utusan Online