Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 7th, 2017          |          Kategori : Popular

Bapa Gigi & Bella Hadid Sedih Dengan Keputusan Trump Mengiktiraf Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel

Umum mengetahui bapa kepada dua orang supermodel terkemuka dunia Gigi dan Bella Hadid iaitu Mohamed Hadid adalah berasal dari Palestin.

Tiada apa yang lebih menyedihkan bagi orang Palestin apabila tanah suci Baitulmaqdis telah diserahkan sepenuhnya kepada Israel.

Hadid telah berduka cita dengan kuputusan presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump yang telah menandatangani untuk mengiktiraf Baltulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Dalam akaun Instagram miliknya, Hadid telah meluahkan rasa sedih dan mengecam Trump serta pemimpin Arab yang telah menggadaikan tanah milik orang Palestin.

screen-shot-2017-12-07-at-2-47-37-pm

Status di Instagram Hadid itu telah mendapat lebih dari 8000 komen terutamnya dari penduduk Palestin dan Israel yang menyokong dan juga mengecamnya.

SURIA turut berdukacita dengan keputasan yang dibuat oleh Trump ini. Semoga semua penduduk Palestin terus kuat dan berjuang untuk mempertahankan hak tanah suci Baitulmaqdis.