Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  June 19th, 2017          |          Kategori : Terkini

Bisnes Aeril Zafrel Disihir?

Pelakon serta usahawan, Aeril Zafrel telah memuatnaik gambar berserta kapsyen di Instagram miliknya mendedahkan beliau terjumpa satu barang pelik yang dipercayai digunakan oleh pihak tertentu untuk menyihir perniagaannya.

Menurut Aeril, benda tersebut ditemui di gerai niaganya sewaktu mengikuti karnival Mood Republik baru-baru ini.screen-shot-2017-06-19-at-11-43-19-am

Kata Aeril lagi, pekerjanya turut menjumpai benda yang sama sewaktu mereka berniaga di Johor Baharu.

Selepas dirujuk kepada yang pakar, ternyata benda tersebut ada kena mengena dengan perbuatan sihir.

screen-shot-2017-06-19-at-12-47-00-pm

Aduhai, kenapa la sampai macam tu sekali? Di bulan Ramadan yang mulia ini pun masih ada manusia berhati syaitan yang mahu melakukan perkara syirik.

Mungkin mereka lupa bahawa neraka itu benar-benar wujud. Insaflah wahai saudara. Rezeki kan masing-masing.

Kepada Aeril Zafrel, semoga perniagaan anda dilindungi dari sebarang hasad dengki dan perkara-perkara syirik.

Untuk lebih banyak cerita sensasi sila klik di sini