Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 6th, 2017          |          Kategori : Terkini

Bukan Tak Makan Terus, Kadang-kadang Saya Melantak Jua – Siti Sarah

Baru-baru ini penyanyi Siti Sarah telah dimasukkan ke hospital gara-gara tekanan darah rendah.

Disebabkan itu, ramai netizen yang membuat spekulasi bahawa Sarah mengamalkan diet yang ekstrem sehingga menyebabkan dia jatuh sakit.

screen-shot-2017-12-06-at-12-49-45-pm

“Ramai orang yang tak faham. Bila Sarah kata diet, bukannya tak makan terus. Diet maknanya mengambil makanan seimbang. Sarah pun manusia biasa. Kadang-kadang melantak juga.

Mungkin sebab Sarah terlampau penat. Sejak Sarah bersama dengan Indigital, memang banyak tawaran yang datang”, jelasnya.

Sarah turut mengakui bahawa dia fobia untuk menjadi gemuk kembali.
Satu ketika dahulu berat badannya pernah mencecah sehingga 70 kilogram.

screen-shot-2017-12-06-at-1-06-37-pm

“Berat badan Sarah tidak pernah lebih dari 50 kilogram. Bila Sarah sampai 70 kilogram, kita jadi malas. Nak ambil alat kawalan jauh di depan mata pun jadi malas”, jelas ibu beranak tiga ini.

Kata Sarah lagi, bila tubuh kecil ia menambahkan keyakinan dan kelihatan elok bila berada di atas pentas.

screen-shot-2017-12-06-at-12-46-56-pm

Dalam perkembangan lain, Sarah baru sahaja dilantik menjadi duta kepada sebuah jenama syampu keluaran tempatan iaitu Sugardoll.