Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  January 10th, 2017          |          Kategori : Buletin

Dari Lakonan, Nora Danish Beralih Ke Bidang Nyanyian? Ini Jawapan Norman Abdul Halim

Setelah 10 tahun menceburi bidang lakonan, kini nama Nora Danish bakal menggegarkan lagi dunia hiburan apabila beliau ingin mencuba nasib bergelar penyanyi apabila berkolaborasi bersama penyanyi rap terkenal Waris menerusi lagu “Ini Lagi Boom” dengan kerjasama antara dua syarikat muzik  tempatan iaitu KRU dan Mixology Music.

norman-abdul-halim

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim mereka kali ini memberikan sedikit kelainan apabila menampilkan seorang pelakon yang tidak pernah menyanyi dengan seorang lagi penyanyi profesional.  Dengan kerjasama ini, Norman harap ia dapat memeriahkan lagi industri muzik Malaysia.

“Amalan ini biasa dilakukan di negara barat dan kolaborasi secara perkongsian di antara syarikat rakaman tempatan memang wajar untuk memberikan kepelbagaian kepada peminat industri muzik tempatan.  Kami berharap kerjasama seperti ini dapat memeriahkan lagi industri muzik Malaysia yang kini makin progresif.”

Sementara itu, DJ Fuzz selaku peneraju Mixology Music berkata, lagu yang dihasilkan oleh beliau, Waris dan Aziquebeats itu menepati cita rasa penggemar muzik tempatan.

“Pastinya peminat Nora tidak sabar menantikan buah tangan sulungnya sebagai penyanyi. Waris juga tampil berbeza menerusi lagu ini kerana beliau bukan sekadar menyanyi rap. Saya berharap kolaborasi ini mendapat sambutan menggalakkan.”

Wow!! Tak sabar nak dengar lagu yang dinyanyikan oleh Nora Danish. Mesti comel suara dia sama seperti mukanya juga, hehe. 

noradanishhijab_2

Sumber : Beautifulnara