Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  August 11th, 2017          |          Kategori : Terkini

Dato AC Kembali Ke Layar Perak Selepas 10 Tahun

Artis serba boleh Malaysia Dato AC Mizal telah kembali semula beraksi di layar lebar selepas hampir 10 tahun tidak berlakon filem.

Dato AC bakal muncul dengan filem Abang Long Fadil 2 arahan pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof.

screen-shot-2017-08-11-at-1-24-55-pm

Sebelum ini Dato AC banyak menumpukan perhatian kepada bidang pengacaraan serta nyanyian.

Menurut Dato AC, beliau menerima tawaran ini kerana tertarik dengan watak serta jalan cerita Abang Long Fadil 2. Selain itu, katanya Datuk Yusof Haslam sering memujuknya untuk kembali beraksi.

screen-shot-2017-08-11-at-1-24-36-pm

Dalam filem Abang Long Fadil, Dato AC memegang watak sebagai penjahat namun mempunyai sisi kelakarnya tersendiri.

Sewaktu menyaksikan tayangan perdana filem berkenaan, ramai yang terhibur dengan persembahan mantap yang dipersembahkan Dato AC.

screen-shot-2017-08-11-at-1-18-34-pm

Dato AC turut meluahkan rasa gembira apabila buat pertama kalinya beliau dapat menonton tayangan perdana filem lakonannya bersama dengan anak-anaknya.

Selain berlakon, Dato AC turut menyumbangkan suaranya untuk lagu tema filem ini bergandingan dengan Syamsul Yusof dan Shuib Sepahtu bertajuk Senorita.

screen-shot-2017-08-11-at-1-20-34-pm

Dato AC ditemui sewaktu majlis tayangan perdana Abang Long Fadil 2 di GSC Pavilion Kuala Lumpur.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.