Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  April 21st, 2017          |          Kategori : Hiburan

Dato’ Fazley Luah Perasaan Pemergian Ayah dan MH370 Menerusi ‘Ketiadaan’

Setiap individu pasti pernah dan akan melalui detik-detik sedih apabila kita kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya. Tiada lagi gelak tawa, suara dan raut wajah yang dapat kita dengar mahupun lihat bahkan semuanya hanya akan tinggal kenangan yang pasti akan disemat dalam sanubari.

fazley1

Kalau anda masih ingat tragedi yang menimpa pesawat, anak kapal dan penumpang MH370 dan MH17 sebelum ini sangat-sangat meruntun jiwa ramai pihak sehingga ke hari ini termasuklah jejaka yang menyandang nama sebagai Dato’ Fazley Yaakob, anak kelahiran Negeri Sembilan.

Processed with VSCO with a6 preset

Apabila ditanya bagaimana beliau mengekspresikan perasaannya ketika menyanyikan setiap butir-butir lirik ‘Ketiadaan’, ini adalah jawapan Dato’ Fazley:

“Ketiadaan menjulang tinggi erti kehilangan insan tersayang sama ada seumur hidup, sementara atau cinta terputus. Arwah ayah meninggal dunia ketika saya dalam proses menghasilkan single ini. Dan seminggu kemudian, nenek pula dijemput Ilahi.

“Perasaan ketiadaan itu cukup erat dalam diri saya kerana asyik terbayang kelibat dan gelak tawa mereka sekali gus kehilangan tempat berkongsi masalah. Bayangkan, semua tinggal kenangan dan hanya dapat dilihat menerusi foto-foto di dalam telefon bimbit sebagai memori. Lantaran itu, saya tidak mencuri waktu panjang hendak menulis lirik. Malah, hanya mengambil masa 30 minit untuk merekod lagu ini di dalam studio”, ujar penyanyi yang berusia 38 tahun ini.

Apa yang lebih menyempurnakan lagu ini lagi apabila ia bakal dikeluarkan dalam versi bahasa Mandarin dengan kerjasama pengalih bahasa oleh penyanyi wanita yang baru sahaja memperolehi PhD, Dr. Soo Wincci sebagai tujuan untuk membolos pasaran Taiwan tidak lama lagi, malah penggambaran video muzik versi Mandarin ini juga akan dirakam ketika mereka berada disana.

Processed with VSCO with a6 preset

Dato’ Fazley juga ada meluahkan perasaannya tentang single terbarunya dan harapan beliau agar lagu ini dapat menembusi hati pendengar dan diterima ramai.

“Tiada lain, saya berharap agar single ini diterima ramai. Melalui pengalaman sebelum ini, ramai terkeliru di antara Abang Asmara dan Abang MasterChef. Hakikatnya, saya ialah orang sama. 

“Justeru, saya hendak mengambil peluang ini bagi mengembalikan semula memori peminat yang masih setia dengan lagu Asmara Ini, Bila April serta Chocolate Cake. Dan waktu sama, mereka mengetahui bahawa saya seorang chef”, katanya.

Kepada anda yang ingin mendapatkan single terbaru beliau, anda boleh muat turun di:

Apa yang pasti, kemunculan arwah bapa beliau ketika masih hidup dalam video muzik ‘Ketiadaan’ merupakan pelengkap segala-galanya malah ia diklasifikasikan sebagai kenangan terindah dalam hidupnya.

Video muzik rasmi lagu ‘Ketiadaan’ bakal menerjah anda menerusi akaun Youtube Dato’ Fazley sendiri tidak lama lagi! So, stay tuned!

Tahniah Dato’ Fazley!