Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  January 12th, 2018          |          Kategori : Popular

Datuk Seri Siti Bakal Timang Bayi Perempuan

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mendedahkan jantina bayi yang sedang dikandungnya di dalam sebuah video yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.

Sempena dengan hari lahirnya yang ke 39 tahun pada 11 Januari 2018, Datuk Seri Siti telah memberi perkhabaran gembira bahawa beliau bakal melahirkan seorang puteri.

Video Datuk Seri Siti itu telah mendapat hampir 800,000 tontonan dan dihujani dengan ribuan komen yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Wajah Datuk Seri Siti kelihatan begitu berseri-seri di dalam video berkenaan sambil ditemani suami tercinta disisi.

Beliau dijangka melahirkan puteri sulungnya pada bulan Mac hadapan. Tahniah dari SURIA buat Datuk Seri Siti sekeluarga.