Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  January 12th, 2018          |          Kategori : Terkini

“Dia Mungkin Mengalami Tekanan Perasaan & Masalah Mental” – Fadzil bahari

Adik kepada Farid Kamil, iaitu Fadzil Bahari harii ini mengulas tentang isu yang melanda abangnya.

Menerusi laporan yang dikeluarkan di Harian Metro, Fadzil berkata dia dan keluarga tidak menolak kemungkinan abangnya mengambil ganja untuk menenangkan fikiran akibat tekanan perasaan.

Katanya lagi, sebelum ini Farid tidak pernah terlibat dengan pengambilan dadah.

Menurut Fadzil, tiga hari sebelum kejadian yang menggemparkan negara itu, dia ada bertemu dengan abangnya, dan Farid sempat meluahkan perasaan rindu terhadap anak-anaknya.

“Ketika bertemu dia (Farid Kamil) beritahu saya bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan dua anaknya. Dia kelihatan murung namun saya tidak sangka dia bertindak sedemikian.

“Dia mungkin mengalami tekanan perasaan dan masalah mental. Kami sekeluarga akan memberi sokongan mental terhadapnya termasuk membawanya berjumpa doktor pakar”, katanya.

Farid Kamil kini direman selama empat hari sehingga Isnin ini bagi siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro