Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  August 8th, 2017          |          Kategori : Terkini

DNCE Di Kuala Lumpur

Universal Music Malaysia dan One Music dengan bangganya membawakan kumpulan pop terkenal dari Amerika, DNCE yang juga akan membuat persembahan pertama kalinya di Malaysia.

screen-shot-2017-08-08-at-2-44-52-pm

DNCE yang diketuai oleh Joe Jonas ini popular menerusi lagu hit Cake By The Ocean. Selain Joe Jonas, DNCE turut dianggotai oleh JinJoo Lee (gitaris), Cole Whitlle (Keyboard) dan Jack Lawless (pemain drum).

screen-shot-2017-08-08-at-2-45-05-pm

Mereka akan membuat persembahan di KL Live Kuala Lumpur malam ini. Selain lagu Cake By The Ocean DNCE juga terkenal dengan lagu Toothbrush, Body Moves dan terbaru Kissing Strangers bersama Nicki Minaj.

screen-shot-2017-08-08-at-2-46-01-pm

Lagu Cake By The Ocean telah menerima pengiktirafan antara lagu yang paling kerap dimainkan sepanjang tahun.

0989c1a4-7154-4ede-be31-35bfbb7dc4f8

Bercerita mengenai nama kumpulan ini, DNCE membawa maksud ‘Dance’ atau berdansa. Katanya, ejaannya sengaja dibuat begitu untuk menunjukkan ketidaksempurnaan juga bisa diterima.

e3126938-6889-4501-ae94-3b5150387ccf

Ditanya apakah konsep persembahan secara langsung mereka, Joe berkata mereka mahu peminat yang datang berparti dengan muzik mereka.

screen-shot-2017-08-08-at-2-46-38-pm

Suria juga sempat bertanyakan soalan kepada pemain keyboard DNCE Cole Whittle di sidang media mereka baru-baru ini, dan bertanya mengapa dia sering berpakaian dalam di dalam gambar. Cole menjelaskan yang dia sebenarnya memang lebih selesa tidak berpakaian dan hanya berseluar dalam kerana dia mempunyai gaya yang agak berbeza dari orang biasa.

screen-shot-2017-08-08-at-2-47-42-pm

Soalan itu diajukan gara-gara gambar Instagramnya di mana dia mengucapkan “selamat hari pakaian dalam sedunia dan Malaysia, saya akan bertemu anda beberapa jam lagi,”

Harap-harap Cole tidak menyinggung mana-mana pihak dengan gaya pemakaiannya di konsert DNCE di KL Live malam nanti!