Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 8th, 2018          |          Kategori : Terkini

Doktor Gigi Cipta Lagu Baru Ferhad

Penyanyi kelahiran Singapura yang sudah lama menyepi iaitu Ferhad kembali mewarnai industri muzik tempatan dengan single terbaru berjudul ‘Definasi Cinta’.

Penyanyi kacak berkulit hitam manis yang pernah popular dengan lagu Kasih Berubah, Pernah dan Higher Deeper ini mempertaruhkan lagu ciptaan seorang doktor gigi iaitu Dr Irma.

Disuntik sentuhan magis tersendiri Dr Irma, Ferhad menjadikan Definasi Cinta sebagai hadiah kepada para peminat yang menantikan kemunculan semula beliau di persada seni tanah air.

whatsapp-image-2018-02-08-at-4-00-21-pm-1

Lagu ini juga dihasilkan sebagai tanda penghargaan beliau kepada peminat-peminat yang tidak putus memberikan sokongan sepanjang karier beliau.

Tidak sekadar tampil dengan single, malah Ferhad turut menghasilkan muzik video untuk lagu Definasi Cinta ini.

Bermula pada 9 Februari ini, Definasi Cinta bakal diputarkan menerusi corong-corong radio tempatan. Single ini juga boleh di strim dan dimuatturun sepenuhnya menerusi platform digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, Yonder Music, KKBOX, dan juga iTunes.