Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  April 16th, 2018          |          Kategori : Terkini

DOSA Membawa Shenty Feliziana dan Reuben Elishama Ke Jinjang Pelamin

Setelah mengikat tali pertunangan beberapa bulan lalu pelakon dan pengacara Shenty Feliziana akhirnya menjadi isteri kepada pelakon Indonesia Reuben Elishama secara sah pada hari Jumaat lalu di kota kelahirannya, Singapura.

screen-shot-2018-04-16-at-2-47-35-pm

Majlis akad nikah yang berlangsung pada hari Jumaat disusuli dengan majlis resepsi yang meriah di Temasek Club pada hari Sabtu.

screen-shot-2018-04-16-at-2-45-18-pm

Acara resepsi tersebut dihadiri oleh ramai ahli keluarga dan juga rakan-rakan rapat selain teman-teman industri hiburan.

 

screen-shot-2018-04-16-at-2-51-07-pm

Antara yang hadir adalah pasangan selebriti Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair, Dewi Sandra dan beberapa artis Singapura serta Indonesia.

screen-shot-2018-04-16-at-2-52-13-pm

Shenty dan Reuben bertemu di lokasi penggambaran siri mini DO[S]A, dan Reuben merupakan bekas ahli kumpulan muzik Channel di Indonesia satu ketika dahulu, selain aktif berlakon. Ibunya juga merupakan pelakon veteran Indonesia Marini Soerjosoemarno dan Reuben juga adik kepada penyanyi Jazz Indonesia Shelomita.

 

kredit Foto : SURIA Singapura