Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  April 16th, 2018          |          Kategori : Buletin

Ernie Zakri Nak Kahwin

whatsapp-image-2018-04-16-at-2-01-46-pm

Sejak memenangi pertandingan realiti ‘Duo Star’ dan merangkul anugerah persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu baru-baru ini bersama dengan rakan duetnya Syamel, populariti bekas juara Bintang RTM 2009, Ernie Zakri semakin melonjak.

Malah keserasiannya bersama dengan Syamel disukai oleh ramai peminat dan ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

“Memang ramai mendoakan yang baik-baik buat kami selepas sering melihat keserasian saya tiap kali bersama Syamel,” ujar Ernie kala ditemui di pelancaran single terbarunya berjudul ‘Misteri’ beberapa minggu lalu.

Menginjak usia 26 tahun, Ernie juga sudah kerap diajukan soalan tentang perkahwinan dan berumah tangga.

“Memang saya nak kahwin, cuma belum bertemu jodoh. Dan saya sekarang sangat memberi fokus kepada kerjaya saya. Lagipun saya baru sahaja dapat merasai semua ini, dan memang dari dulu, inilah yang saya inginkan sebagai seorang anak seni. Walau bagaimanapun, kita tidak tahu soal jodoh. Itu semua rahsia Tuhan. Kalau sudah waktunya pasti saya akan umumkan tapi buat waktu ini belum ada sesiapa,” tambah Ernie lagi.

whatsapp-image-2018-04-16-at-2-01-47-pm

Malah Ernie juga memberitahu dia pernah bercinta sewaktu zaman sekolah dan zaman melanjutkan pengajian di universiti dahulu namun belum lagi menemui cinta sejati.

Apa pun kami di Suria mendoakan supaya Ernie menemui jodohnya insyaa Allah.