Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  October 12th, 2017          |          Kategori : Terkini

Fathia Latiff Jadi Sasaran Kecaman Sekali Lagi

whatsapp-image-2017-10-12-at-2-33-03-pm-1

Nampaknya tahun ini pelakon jelita Fathia Latiff tidak habis-habis dilanda kontroversi dan menjadi kecaman masyarakat tempatan.

Terbaru, menurut laporan mStar oleh wartawan Kemalia Othman, pelakon jelita yang baru sahaja reda dengan kontroversi menari dalam keadaan menggairahkan di aplikasi Bigo Live, kini dikecam sekali lagi apabila kesilapannya mentafsir tajuk berita dari The Star Online.

Pelakon Ariana Rose itu berpendapat berita bertajuk “Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050” yang disiarkan pada Rabu itu sebagai tidak relevan kerana negara tidak lagi menggunakan wang bagi sesuatu urusan pada tahun berkenaan.

“Kita nak jadi macam zaman batu balik ke?, buat sistem barter balik. Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takut,” tulisnya dengan memuat naik paparan skrin berita berkenaan.

Bagaimanapun, menyedari kesilapan tersebut, Fathia memuat naik status menjelaskan perkataan cashless membawa pelbagai maksud.

“Cashless: broad meaning. Nak tulis tajuk biar teghang (terang). Ni bukan tulis gossip,” tulisnya.

whatsapp-image-2017-10-12-at-2-33-03-pm

Rata-rata netizen menganggap pelakon berkenaan tidak faham maksud perkataan berkenaan, malah tidak membaca berita tersebut terlebih dahulu sebelum memberi pendapatnya.

Status itu turut mendapat lebih 300 komen negatif netizen dan 600 ulang siar di Twitter.

Cashless society bermaksud masyarakat tanpa tunai iaitu menjalankan transaksi jual beli secara digital atau menerusi kad debit atau kredit.

 

sumber : mStar