Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  November 13th, 2017          |          Kategori : Terkini

Fattah Amin Tunai Umrah Bersama Keluarga & Fazura 15 November Ini?

Beberapa minggu lalu tular di media sosial dan juga media tempatan apabila pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura dikatakan bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November 2017.

Sewaktu ditemubual oleh pihak media, kedua-duanya tidak mengiyakan atau menafikan perkara berkenaan.

Hanya ucapan “doa yang baik-baik sahaja” yang keluar dari mulut pasangan sama cantik sama padan itu.

Semalam SURIA berkesempatan bertemu Fattah Amin di majlis ‘Meet & Greet’ AJ De’ Parfum.

screen-shot-2017-11-13-at-3-07-53-pm

Kata Fattah beliau akan berangkat ke tanah suci pada 15 November ini untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.

Ditanya adakah Fazura turut pergi bersamanya, kata Fattah dia tidak boleh membuat pengesahan mengenai perkara itu kerana merasakan pihak Fazura yang harus memberikan jawapan.

“Apa yang saya boleh cakap saya dan keluarga saya memang akan berangkat menunaikan umrah pada 15 November ini. Untuk Fazura kena tanya dengan pihaknya sendiri”, kata hero Coffee Prince ini.

SURIA ingin ucapkan selamat menunaikan ibadah umrah kepada Fattah dan keluarga dan semoga segala urusan dipermudahkan.