Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 15th, 2017          |          Kategori : Buletin

‘Fattah Tidak Buat Salah’ – Respon Hafiz Hamidun Tentang Fattah Amin Dikritik

Sebelum ini pelakon Fattah Amin menerima pelbagai kecaman gara-gara beliau menerbitkan sebuah buku inspirasi untuk umum.

fattah-1_1

Apa yang difahamkan, isi kandungan dalam buku itu menjelaskan bagaimana Fattah mengubah kehidupannya sehingga ia mampu mengecapi segala impiannya.

Jika anda masih ingat, seorang selebriti iaitu Hafiz Hamidun juga pernah melalui situasi seperti Fattah apabila beliau turut dihentam kerana bukunya bertajuk ‘Cerita Hati Hafiz Hamidun’ yang penuh dengan selfie.

hafizhamidun130722zikirterapi2hafizhamidunroyalbintangdamansara14

Kali ini, Hafiz sendiri telah tampil bagi menyokong tindakan Fattah dan merayu agar netizen hentikan segala kritikan yang dilemparkan kepada pelakon itu.

7n_fattahaminafisudahmula00

Menurut Hafiz, buku Fattah yang berjudul ’99 Kata-Kata Fattah Amin’ hanya akan menaikkan lagi namanya dan melariskan buku itu selepas isu ini menjadi viral.

“Fattah tidak buat salah dan itu hak dia untuk hasilkan buku dan saya percaya dia juga menerima permintaan daripada pihak penerbit. Kalau enggan beli, tidak perlu kecam kerana kadang-kadang mereka kecam tanpa asas yang kukuh. Ia sebaliknya menjadikan buku itu menjadi viral. Dulu buku saya orang kecam dan kata penuh dengan selfie, tapi sebenarnya hanya lima helai selfie daripada 200 helai keseluruhan buku berkenaan.”

Apabila ditanya tentang harga buku Fattah yang dikatakan agak mahal, Hafiz mempunyai jawapannya tersendiri:

“Fattah seharusnya buat kajian tentang harga dan golongan peminat dia sama ada mampu beli atau tidak. Orang akan marah jika ia terlalu mahal.”

Apa yang boleh dikatakan, selalunya jika sesuatu perkara menjadi viral pasti ia akan laris. Semoga Fattah Amin terus berjaya dan jangan hiraukan segala kritikan yang dilemparkan. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus ke hadapan.

Sumber : mStar