Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 12th, 2018          |          Kategori : Terkini

Fattzura Pilih Tema ‘Fairy Tale’ Untuk Majlis Resepsi

Pasangan selebriti popular tanah air Fattzura yang bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada 25 Februari ini memilih tema ‘Fairy Tale’ untuk hari bahagia mereka.

Fazura berkongsi tentang hal majlis persandingannya sewaktu majlis pra tonton filem televisyen lakonannya berjudul Janji Zehan yang bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif.

Walaubagaimanapun kata Fazura, majlis pada 25 Februari itu nanti hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat sahaja.

“Majlis resepsi nanti agak privasi, malah tiada ‘live update’ pun sebab sesetengah dari ahli keluarga saya mereka sangat menjaga privasi dan ada ‘VIP’ juga yang akan datang”, jelas Fazura.

Namun akan ada satu lagi majlis resepsi yang akan dibuat khas buat peminat-peminat Fazura dan Fattah Amin yang bakal berlangsung pada 11 Mac nanti.

SURIA mendoakan semoga segalanya berjalan lancar untuk untuk kedua-dua majlis resepsi itu nanti. Yang penting tak sabar nak tengok Fattzura dalam persalinan serba indah.