Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 4th, 2017          |          Kategori : Terkini

Fazura Berduet Bersama Anggun

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Biarpun bakat nyanyiannya sering dipertikai, namun itu bukan penghalang untuk terus mengorak langkah dalam bidang nyanyian.

Terbaru Fazura berkolaborasi bersama penyanyi antarabangsa Anggun di dalam lagu “The Good Is Back” yang bakal dilancarkan pada tahun 2018.

screen-shot-2017-12-04-at-5-31-43-pm

Fazura yang baru sahaja melancarkan album sulungnya berkata, dia berharap para peminat gembira dengan kolaborasi ini.

“Ia merupakan satu penghormatan yang luar biasa untuk dapat bekerja bersama Anggun yang sangat berbakat, dan saya tidak sabar menunggu peminat dapat menikmatinya melalui platform ONEMUSIC.

screen-shot-2017-12-04-at-5-37-32-pm

Bagi Anggun pula, beliau tertarik untuk berduet bersama Fazura kerana melihat wanita itu seorang yang sangat berani.

“Fazura masih baru dalam bidang nyanyian, tetapi dia sangat berani. Saya juga melihat pencapaian Fazura yang sangat membanggakan. Profil itu amat sesuai buat saya”, jelasnya.

screen-shot-2017-12-04-at-5-33-36-pm

Anggun juga bakal muncul dengan album antarabangsanya yang ke lapan pada 8 Disember nanti.

Kata Anggun, kali terakhir beliau ke Malaysia sewaktu konsert bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza, beliau sangat terharu dengan sokongan peminat di Malaysia yang masih meminati karyanya walaupun sudah lama.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Fazura dan Anggun di atas kolaborasi dan juga album terbaru. Tak sabar SURIA nak dengan lagu baru tu.

 

Kredit Foto : Aqoimran