Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 15th, 2017          |          Kategori : Buletin

‘Fikir Sebelum Tulis’ – Neelofa Perli Sharnaaz Ahmad?

Sebelum ini pelakon Sharnaaz Ahmad lagi sekali bikin panas apabila beliau memuat naik tweet yang menunjukkan ketidak puasan hati beliau terhadap Fattah Amin.

Rata-rata peminat yang membaca tweet itu meluahkan rasa muak dengan sikap Sharnaaz Ahmad yang seakan-akan suka mencari kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri tidak pernah beliau nampak.

7n_neelofastillacting00

Tweet itu juga mendapat kritikan hebat sehingga nama keluarga Neelofa juga turut terpalit dalam isu ini kerana sikap bakal menantu mereka yang tidak seolah-olah berlagak gangster.

Disebabkan kecaman yang diterima itu, Neelofa tampil dengan memuat naik satu tweet yang jelas menunjukkan ia seperti ditujukan kepada bakal abang iparnya itu.

Menerusi tweet itu, Neelofa menegaskan bahawa lebih baik untuk seseorang itu berfikir sebelum menulis dan meluahkan pendapat menerusi media sosial.

komen-3_1neelofa-3_6komen-2_2

Persoalannya sekarang, adakah ia benar-benar ditujukan kepada Sharnaaz Ahmad atau tidak? Apa yang penting, hal ini akan menjadi lebih panas dan parah jika Sharnaaz Ahmad tidak tampil untuk menjelaskan sendiri.

Sumber : Twitter Neelofa