Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  July 17th, 2017          |          Kategori : Terkini

Fizi Ali Dan Shakilla Koriri Bertunang

Penyampai Suria Pagi, Fizi Ali telah mengikat tali pertunangan bersama pelakon, Shakilla Koriri di majlis yang diadakan secara tertutup di Villa Terlajak Laris Sungai Buloh pada 16 Julai 2017.

Majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat itu berlangsung dengan sederhana tetapi meriah.

screen-shot-2017-07-17-at-12-27-57-pm

Selepas 4 tahun berkenalan serta mendalami hati budi masing-masing, pasangan sama cantik sama padan ini mengambil satu langkah ke hadapan untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang seterusnya.

Menurut Fizi, beliau tertarik dengan sifat Shakilla yang garang tetapi mempunyai hati yang sangat baik.

screen-shot-2017-07-17-at-12-27-22-pm

“Dia selalu menasihati saya supaya berusaha dengan lebih lagi dalam hidup, itu yang membuatkan saya terpikat dengannya”, jelas Fizi.

Bagi Shakilla pula pada permulaan perkenalan mereka, Fizi langsung tiada ciri-ciri lelaki kesukaannya.

screen-shot-2017-07-17-at-12-28-07-pm

“Dulu dia selekeh tau, rambut panjang, tapi Allah kata yang selekeh inilah bakal suami kau”, katanya.

Tambah Shakilla lagi, Fizi seorang yang pandai memikat hatinya serta seorang yang lemah lembut terutamanya dalam percakapan.

screen-shot-2017-07-17-at-12-28-19-pm

“Saya seorang yang garang, tetapi Fizi seorang yang lembut, kami ibarat api dan air”.

Pasangan ini akan mengambil masa enam bulan hingga setahun dari sekarang untuk melangsungkan acara pernikahan.

Untuk lebih banyak cerita menarik, klik di sini.